teMan sYuhaDa'

Sunday 31 July 2011


Setelah setahun kita sebagai hamba Allah s.w.t mengembara dimuka bumiNya ini, pelbagai ranjau dan onak telah ditempuhi. Disepanjang perjalanan ini, sudah semestinya sebagai hamba yang tidak terlepas daripada goadaan nafsu dan kehendak naluri sebagai seorang manusia, sedah pasti akan terpalit dengan dosa dan noda.

Maka dikesempatan Ramadhan yang telah menjengah kita sejak maghrib tadi, teramatlah beruntungnya kita sebagai hamba Allah kerana masih diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah pada Ramadhan kali ini. Buat kali ke 22 bagi insan kerdil ini. Terasa seperti baru berlalu Ramadhan tahun lalu, kini ia menjengah kembali. Malam ini diri setiap kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi, segeralah mempersiapkan diri menyambut tetamu yang amat dirindui, setelah setahun tidak bersua.


Maka ayuh kita bersama mengambil peluang disaat musuh utama, anak didik Iblis laknatullah dirantai dan dibelenggu, selama sebulan tempohnya, untuk sama - sama kita menyucikan diri dan mendekati Rabbul "izzati. Di harapkan agar kita bersama diberi peluang untuk melepaskan rindu ini, yang telah setahun dipendam jauh dilubuk hati.

" Allah humma bariklana Ramadhon, Allah humma bariklana Ramadhon, Allah humma bariklana Ramadhon "
Moga kita bersama memperoleh redho dan keampunan Allah azza wajalla. Penulis tinggalkan sahabat  - sahabat yang disayangi, dengan sepotong hadis junjungan besar Rasulullah s.a.w yang  amat disayangi :
" Ramadhan, diawalnya RAHMAT, dipertengahannya KEAMPUNAN, dan diakhirnya adalah PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA ". Moga apa yang dijanjikan oleh kekasih Allah ini akan diperolehi oleh kita bersama, dengan izinNya.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhon.
Wallah hu a'lam.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda