teMan sYuhaDa'

Wednesday 17 August 2011

.: 5 pEndiNdiNg iMan - sAmbUngAn :.


Dalam posting yang lepas, kita dah bincangkan bersama 3 daripada 5 pendinding iman, menurut pandangan Imam As syafie =) Antaranya termasuklah YAKIN, IKHLAS, dan AMALAN - AMALAN SUNAT. Baki lagi 2, iaitu ISTIQAMAH dan DISIPLIN akan kita bincangkan pasa sesi ini. Moga bersama memperolehi keampunan dan rahmat Allah Azza Wajalla.

Ayuh kita renung sejenak kamus kehidupan seharian kita. Sudah semestinya kita tidak lari daripada melakukan pelbagai perkara, seperti bersembang, makan - makan, beribadah dan sebagainya ( ibadah dok rangking ke 3 gayanya tu, astaghfirullah ) Bual bicara kita hari ini nak merungkai tentang amalan dan ibadah kita kepada Nya, ISTIQOMAH kah kita? Paling mudah kita ambil contoh, diawal permulaan ramadhan, majoriti daripada kita akan menanam azam yang pada ana, ianya merupakan azam paling glamour dikalangan ummat Islam, iaitu Khatam Al Quran. Azam dan matlamat ini sangat mulia dan baik, THUMBS UP ^_^ V Akan tetapi, apa yang menjadi tanda tanya, mengapa setelah hampir 22 kali ( umur penulis, hehe ) ramadhan di lalui, kenapa tak sekali pun dikhatamkan Quran tersebut? Mana pegi azam nak khatam tadi?mana hilangnya semangat tersebut? Tepuk dada, tanya Iman.


 

Bukan nak memperkecilkan atau menyindir sesiapa, malah lebih kepada peringatan kepada diri ana jugak. Bila kita lihat perkara ini dalam konteks ISTIQAMAH, bermakna kita tidak cukup ISTIQAMAH dalam menunaikan azam dan membereskan sasaran kita tersebut. Jika tidak, sudah tentu setipa kali penghujung ramadhan, kita mampu complete kan 30 juzu ' Al Quran. Yang sedih nya, azam dah 30, tapi habis 3 juzu' pun tak sampai. Adoi. Andai inilah situasinya, maka jelaslah bahawa kita tidak ISTIQAMAH dan sekaligus, hilanglah salah satu daripada benteng keimanan kita, bahaya tu! Maka kita kena cepat - cepat sedar dan cover balik " kehilangan " benteng iman tersebut, kerana bimbang, kalau semua benteng roboh, dengan kita - kita sekali akan " roboh ". Ingat pesan Nabi s.a.w : " ISTIQAMAH lebih baik daripada 1000 Karamah =) "

Paling last adalah DISIPLIN. Sama macam tertib, DISIPLIN berada dirangking paling akhir, dalam 5 rangking benteng iman ini. Namun hal ini tak melambangkan yang disiplin kurang penting. Sama macam tertib dalam rukun Solat, ia nya diletakkan dihujung, bertujuan sebagai check list, adakah solat kita ikut guide line yang ditetapkan atau sebaliknya? Maka nampak sangat, tertib itu yang terpenting dan Utama sebenarnya. Situasi yang sama juga dalam bab benteng iman ni, DISIPLIN diletahkan di hujung, bertujuan untuk buat check list kepada kita. Adakah YAKIN kita sebenar - benar YAKIN? adakah ibadah dan amalan kita benar - benar IKHLAS keranaNya?banyakkah AMALAN - AMALAN SUNAT kita untuk dijadikan bekal akhirak kelak? dan yang terakhir, adakah kita benar - benar ISTIQAMAH dalam melakukan sesuatu amalan? maka DISIPLIN lah yang akan mampu menjawab semua persoalan ini =)


Oleh hal yang demikian, untuk memastikan kesemua 5 benteng iman kita ini kekal utuh, jaga DISIPLIN kita baik dalam tingkah laku, pertuturan dan semuanya lah =) Moga dengan wasiat dan pesanan Imam Syafie kepada kita ni, dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Nya, dan mendekatkan kita kepada Redho Nya, InsyaAllah. Moga hidup kita semua dibawah Rahmat dan Magfirah Allah s.w.t. 
Wallah hu 'alam.

- Nota tumit vs siku =)
* warna merah = bahasa omputeh
* warna hijau = 5 pendinding iman le yob

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda