teMan sYuhaDa'

Thursday 11 August 2011

.: tAzkiRah di mAsjiD dAruL iHsAn :.


Malam ke 11 Ramadhan, dapat undangan untuk Imam Tarawikh dan Tazkirah di Masjid Darul Ihsan, Manjung Perak. Diiringi kitab " An Nasihhatud deen, Wal Wasiyyatul Iman " , diri ini menuju ke sana sebaik selesai solat maghrib dan berbuka. 

Dihadapan lebih kurang 400 + + jemaah muslimin dan muslimat, terasa kecil untuk bertazkirah. Namun amanah yang dipertanggungjawabkan ini sedaya mungkin telah cuba dipenuhi. Terasa ingin berkongsi sedikit sebanyak intipati tazkirah tersebut, moga beroleh redho ilahi buat semua =)

Nukilan kali ini, terpanggil rasanya untuk berkongsi berkaitan dengan ayat Allah dalam Surah Al Baqarah, ayat yang ke 183 yang bermaksud " Wahai orang - orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa, sepertimana telah diwajibkan keatas orang - orang sebelum kamu, moga - moga kamu bertaqwa ".

 

Tidak terniat untuk membicarakan tentang intipati ayat atau tanggungjawab yang difardhu kan didalam ayat ini, iaitu berkaitan puasa. Namun kali ini, ana terpanggil untuk berkongsi tentang bagaimana para pujangga dan penyair - penyair Arab pada zaman Rasulullah s.a.w telah akur dan tewas dengan keindahan bait - bait kata dan susunan ayat didalam kalam Allah s.w.t ini.

Ayuh kita renung sejenak, ayat 183 surah Al Baqarah ini akan dipecahkan kepada 4 elemen. Elemen yang pertama ialah SERUAN, iaitu Allah s.w.t telah menyeru kepada orang - orang beriman. Elemen yang kedua merupakan PERINTAH atau SURUHAN iaitu arahan untuk berpuasa. elemen yang ketiga adlah TAULADAN atau PERCONTOHAN, iaitu kisah tentang puasa ini telah difardhukan keatas orang yang terdahulu daripada Ummat Muhammad s.a.w ini. Manakala elemen yang keempat dan terakhir, adalah DOA atau DORONGAN iaitu ungkapan moga digolongkan golongan mu'min yang berpuasa ini dalam golongan yang bertakwa.

Maka, ayuh kita lihat kembali kepada kehidupan kita. Dalam setiap kata - kata yang dilontarkan dari mulut kita, adakah setiap daripada ayat - dan kalam tersebut, mencakupi keempat - empat elemen ini iaitu SERUAN, PERINTAH, TAULADAN, dan DOA? Kebiasaan kita hanya akan mengaplikasikan 2 daripada 4 elemen penting ini. Ana berikan contoh ayat yang biasa kita gunakan " Adik, mai sat, tulong pi kedai beli sayoq na " - versi Kedah =) Lihat kembali dalam ayat tersebut, hanya wujud SERUAN dan ARAHAN,tapi tidak kelihatan TAULADAN dan secebis DOA kepada si pelaku.

 

Tabiat dan fitrah semulajadi manusia, mereka amat mementingkan contoh tauladan dan sedikit doa atau semangat kepada mereka, maka setiap pekerjaan itu akan dilakukan dengan lebih bersungguh - sungguh dan ikhlas. Kenapa tidak ayat tadi diindahkan dengan elemen yang di sarankan oleh Al Quran tersebut. Ana nyatakan satu contoh ayat " Adik, mai sat, tulong pi kedai beli sayoq na, abang hang dulu selalu tulong mak pi beli sayuq, la dia takda, hang tulong na, mudah - mudahan hang jadi anak yang baik dan soleh macam abang hang " versi Kedah lagi =).
Mari kita renung bersama ayat tersebut, tidakkah ia nya lebih indah dan manis bila didengar, maka si pelaku tadi akan terfikir yang perbuatan tersebut telah pun dilaksanakan oleh insan terdahulu, dan mereka menjadi insan yang sangat mulia, maka ia boleh memupuk kemahuan untuk menjadi paling tidak, seperti insan yang  menunjukkan contoh yang baik tersebut. Jika diamalkan perkara ini, insyaAllah, pembentukan jiwa khususnya anak - anak akan menjadi lebih baik dan cantik.

Begitulah indah dan murninya Kalam Allah s.w.t sehinggakan dalam aspek mengukirkan kata - kata sekalipun,tetap ditunjukkan cara dan kaedahnya. Maka sebagai hamba Allah s.w.t yang mengaku beriman, sewajarnya kita mengaplikasikan panduan daripada Al Quran ini kedalam kehidupan seharian kita secara menyeluruh, biar bermula dengan sedikit, tapi kita teruskan dengan berperingkat - peringkat dan istiqomah, insyaAllah ia akan menjadi suatu budaya yang mencerminkan keindahan dan kemuliaan Islam itu sendiri insyaAllah.


Islam adalah AGAMA perlaksanaan,
MEMIMPIN manusia kearah KEMULIAAN,
Dunia dalam PERALIHAN,
Islam menerajuai PERUBAHAN =)

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda