teMan sYuhaDa'

Tuesday 10 July 2012

.: kELuhAn mARhaEn :.

saat termenung
54 tahun lamanya
sayembara puisi duka tercoret
mengikis sisa - sisa tabah
menghakis kudrat 
yang selama ini mengekang amarah

MARHAEN di lembah hina
semakin mual cemuhan durjana
sang penZALIM kuku besi
merobek jiwa
merantai suara
mencabar rasa
seusia 54 tahun merdeka 
kononnya

bara sabar kian malap
menanti saat ia terpadam
lantas bersaksilah
andai saat itu tiba
maka tembok byzantine tak terdaya
missisipi berderai
menyembah sengsara

MARHAEN hina tak mampu disuap
tipu helah luncai 
nan durjana
setelah arakian lamanya
nyalaan sabar dan tabar
tersiram
dek air pendustaan

maka andai tika itu
bara menjadi ABU
ayuh bersaksilah sekaliannya
akan runtuh empayar puaka
pemerinth ZALIM nan celaka
berdepan jiwa raga
malah segala

aku MARHAEN hina
akan kukerah segala keringat
nan kudrat
untuk dibayar segala
kebobrokan celaka
demi kelak
sejahtera di mahsyar hendak Nya

* puisi spontan, nukilan perasaan khas untuk sekalian MARHAEN yang sekian lama memendam rasa, menantikan saat, KEADILAN dan KEBENARAN terlaksana

Kenapa HASAN AKIDAH diam pulak? Sambut je lah

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad mencabar bekas pemimpin parti itu yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali untuk menerima tawaran debat mereka berdua anjuran akhbar Sinar Harian.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa KarangKraf - penerbit Sinar - sudah membuat undangan itu sejak Februari lalu tetapi ditolak atas alasan majlis syura NGO itu Jalur Tiga (JATI) yang dipimpinnya menolak.
NONEBercakap dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau sanggup menangguhkan programnya yang lain untuk berdebat dengan Dr Hasan.

Sementara itu, dalam sidang media sama, pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyelar Dr Hasan kerana didakwa menganjur dan mempromosikan debat dengannya tanpa persetujuan dibuat terlebih dahulu.

Dr Abdul Rani berkata, Dr Hasan juga tidak profesional apabila "orangnya" menghantar undangan debat pada Rabu walaupun dimaklumkan lebih awal beliau tidak ada kelapangan pada hari itu.

Justeru, Dr Rani mendakwa, debat itu sebenarnya cuba menggunakan nama pemimpin PAS untuk menarik orang ramai hadir ke ceramah Dr Hasan yang didakwa semakin tidak mendapat sambutan.

Dr Rani juga berkata, Khalid merupakan calon paling sesuai berdebat dengan Dr Hasan ekoran kenyataannya sebelum ini bahawa anggota Shah Alam itu "parasit" terbesar dalam PAS.



malaysiakini

Thursday 24 May 2012

.: Ikhlas, tapi .................. :.

Soal ikhlas, bukanlah suatu yang boleh diperakukan melalui perkataan semata - mata, ia lebih daripada itu. Memusatkan segala perilaku dan tindakan semata - mata hanya kerana Allah swt, tanpa ada niat selain daripadanya, maka jelas, ikhlas adalah antara perkara yang paling berat untuk diqasadkan di dalam benak dan jiwa. Memang diakui, terkadang kita juga inginkan perhatian dan dihargai apa yang kita laksanakan, ia lumrah kejadian dan penciptaan manusia.

Namun, dalam keghairahan mencari perhatian dan penghargaan tersebut, harus di tanamkan di dalam hati bahawa kita melakukan apa jua bentuk gerak kerja dan amanah, walau dari siapa pun arahan agar perkara tersebut dilaksanakan, niat kita perlu bulat dan jelas, IKHLAS semata - mata kerana Allah Azza Wajalla. Perkara inilah antara yang paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan daripada kita. Apatah lagi bila di adunkan dengan mainan perasaan dan emosi.


Keadaan semulajadi manusia yang sering mendambakan perhatian dan pujian manusia, dalam setiap perkara yang dilakukan, akhirnya memalapkan matlamat dan tujuan asal perlaksanaan tersebut, iaitu IKHLAS kerana Allah swt. Bimbang andai ikhlas itu hilang, atau IKHLAS TAPI JAUH, maka segala amalan dan perilaku kita tidak diterima oleh Allah swt, walaupun kelihatan kita telah melakukan perkara tersebut sehabis daya dan upaya. Maka kita silap! Hangus segala amalan tersebut, kerana dibakar oleh api ketidak ikhlasan sehingga tidak tinggal apa - apa lagi pada amalan tersebut. Malah dibimbangi muncul pula riya' , 'ujub, takabbur, sum'ah dan sebagainya. Na'uzubillahiminzalik.

Moga Allah swt mencampakkan rasa takut kita kepadaNya, dan senantiasa mengikhlaskan hati dalam sebarang gerak kerja dan perlakuan kita, disepanjang bentangan coretan kain kehidupan ini. 
" IKHLAS, the way to success " ameen.

.: Carilah alasan bagaimana untuk membantu Islam :.

Hala panjang nafas jam 4 : 14 pagi menterjemahkan pemikiran "aku" yang senak dengan perkara yang tak terjangkau untuk difikirkan. Terkenang akan diri ini yang terlalu banyak dosa kepada Rabbul 'Izzati, walau segala ni'mat telahpun dikurniakan kepada "aku" saban hari. Daripada udara untuk bernafas dan menumpang nyawa sehinggalah kepada urusan makan pakai dan segala bentuk ni'mat yang tidak mampu dihitung, apatah lagi dibayar.

Benar, ramai yang bersungut dan mengeluh, apabila setiap kali diminta untuk bersama menggerakkan gerak kerja Islam. Baik dari segi menyeru kepada kemakrufan, seperti dakwah dan sebagainya, dan juga seruan untuk meninggalkan kemungkaran, seperti pendustaan dan lalai terhadap Allah swt. Biasa, alasan yang berjuta akan terbit daripada mulut "aku" kononya busy, sibuk dengan urusan yang maha banyak, dan jutaan lagi alasan yang dicipta, demi untuk mengelakkan diri daripada bersama dalam menunaikan amanah Islam ini.

Alasan emosi, sentimen kekeluargaan, dan sandiwara perasaan disulami kesedihan menambah perasa yang melazat dan menyedapkan alasan. Konon "aku" lah yang maha sibuk, dengan meeting, komitmen itu dan ini, kerja yang bertali arus tanpa henti, tiada yang lebih sibuk dari "aku". Benar, semua sedia maklum akan kesibukan dan komitmen "aku" yang maha dahsyat, khususnya sebagai seorang yang berhasrat mendaulatkan Islam. Jika tidak, masakan Nabi Muhammad saw berjuang sehingga turut tercedera dalam perang Uhud, meninggalkan dan menolak segala tawaran Musyrikin Makkah. Setujukah andai "aku" mendakwa, dengan segala alasan ini maka, diriku terlalu sibuk untuk memberikan komitmen, walau sedikit tambahan, kepada gerak kerja Islam ?  Allah Hu Rabbi


Duhai diri, "aku" merayu, sedarlah andai "aku" mampu memberikan sepenuh komitmen ditempat lain, yang mana "aku" dakwa sedari awal tadi, diriku ini maha sibuk, namun "aku" tetap bersungguh untuk melunaskan kesemua tanggungjawab lain itu, MAKA TIDAK ADAKAH SEKELUMIT KEBERANIAN UNTUK AKU LAFAZKAN, UNTUK ISLAM JUGA, AKU HARUS MENCARI RUANG BAGI MELUNASKAN TANGGUNG JAWAB KEPADA NYA ! DAN BUKANNYA MENCIPTA ALASAN PALSU SEKADAR UNTUK MELEPASKAN DIRI ?

Sedih wahai diri, kenapa "aku" mampu untuk melakukan segalanya ditempat lain,TETAPI TIDAK UNTUK GERAK KERJA ISLAM ? Mengapa ?  Walau dalam keluh kesah, dilaksanakan juga segalanya, berusaha seribu daya, namun kenapa untuk Islam, aku berhelah seribu dalih ? Mengapa ? Sedih, kecewa, mengapa "aku" begini ? Termenung sejenak, benar kata pepatah " Hendak Seribu Daya, Tak nak Seribu Dalih ". Tepat dikepala !!! Konon alasan keluarga, komitmen lain dan sebagainya, tapi jelas, aku sekadar berdalih.

Kalau benar "aku"memberikan alasan kerana perkara lain, maka aku sibuk dan tak mampu untuk bergerak dalam gerak kerja Islam. Justeru mengapa tidak "aku"mencari ruang, untuk disibukkan diriku untuk Islam seperti sibuknya "aku"ditempat lain. Jelas, diriku hanya beralasan, dan terus beralasan untuk tidak berkerja demi Islam, "aku" sekadar mencipta alasan, tanpa usaha untuk membantu, walau dalam ruang lingkup yang kecil. Kalau jujur, tidak mampu dari segi masa, jangalah pula "aku" cuba berdalih untuk membantu dari ruang yang lain.


Masih banyak yang boleh dibantu. Kewangan, PENGANGKUTAN, dan segala macam ruang yang masih ada, kenapa masih juga "aku" terus dengan alasan ? Mengapa? Moga "aku" kembali bermuhasabah, bahawa "aku" telah mengikat janji dengan Rabbul 'Izzati sejak dari alam rohku lagi untuk melakukan segalanya demi Allah swt dan Islam, namun mengapa aku dustakan ianya sekarang ? Mengapa?

Maka berbaliklah kepada janjiku yang asal ketika membuat penyaksian di hadapan Allah swt, .: Carilah alasan bagaimana untuk membantu Islam, dan Jangan mencari alasan untuk tidak membantu Islam :. Ya Allah ,ampunilah "aku" atas segala kesilapan dan ketelanjuranku ini, berilah ruang kepadaku untuk memperbetulkan kembali, lohong hitam yang telah "aku" lakukan ini. Allah Hu Rabbi.


~ Surat kepada "aku", dari seorang "diri ini" ~
~ 4 : 14 pagi, ditemani air mata, demi Islam dan seisinya ~
~ mohon kemaafan dari semua, ikhlas demi Islam tercinta ~

Monday 21 May 2012

.: inilah travelog kita :.

Penat dengan pelbagai komitmen dan tanggungjawab, terkadang bagai tak tertanggung. Namun itulah lumrah dalam mendidik jiwa menjadi insan yang layak di gelar, HAMBA ALLAH yang patuh dan taat. Penat, sedih, letih, memendam rasa dan pelbagai lagi mehnah seringkali meniti dibenak fikiran dan sanubari, namun perlahan dipujuk jiwa untuk redho, inilah tarbiyyah darinya. AKU HARUS KUAT !
Namun, sepanjang travelog ini, mampu diukir senyuman dibibir, kerana Allah swt kurniakan teman, yang sentiasa komited dan bergerak seiring sejalan, dalam mendepani apa jua masalah dan ujian, bersama. Mungkin ada kalanya, kita berbeza pendapat dan pandangan, namun atas dasar mencari hasil yang terbaik, maka solusi akhirnya ditemui, dan menjernihkan kembali perbezaan yang muncul semalam.

Lumrah, perjuangan Islam penuh dengan mehnah dan tribulasi, maka kesatuan antara pendokong gerakan Islam ini, kelak akan menerbitkan suasana yang sangat indah, tak terungkai dek kata - kata. INDAH, SANGAT INDAH =) Memang nampak payah, penuh ujian dan dugaan, namun yakinlah, kelak ia mematangkan. Ukuwwah yang dibina atas dasar aqidah dan kasih sayang kerana Allah, maka hasilnya jauh lebih manis, dari segala manisan yang pernah dirasai.


Walau pertemuan ana dan antum tidak selama mana, namun ukuwwah itu sempat dikecapai, PUAS ! nyata bersama dengan Islam merupakan formula paling mujarab untuk mengubati segala penyakit dan masalah yang menekan benak jiwa dan sanubari buat kesekian lamanya. Alhamdulliah, syukur pada Allah swt atas pertemuan ini. Walau singkat, namun indah.  Moga ukhuwwah ini, mempertemukan kita semula disyurga Nya.

Inilah Travelog Kita, Sayang kalian kerana Allah.

Thursday 29 March 2012

RM 8.30 NILAI SEORANG WANITA ? JAHILIYYAH MODENKAH NEGARAKU ?!

Sejak akhir - akhir ini, gejala maksiat dan dosa umpama pesta dengan senang hatinya bermaharajalela tanpa segan di atas muka bumi Allah swt, TIDAK TERKECUALI DI MALAYSIA ! Dengan kes penculikan dirancang, buang bayi, zina, bersekedudukan, dan segala macam maksiat, dilaksanakan dengan " JAYANYA ! ". Seolah - olah negara rimba tanpa undang - undang, maksiat yang semakin membarah kelihatan tidak serius dibendung dan dihalang, walaupun jelas, ia adalah punca utama kepada kebejatan moral dan akhlak masyarakat, khususnya golongan muda remaja kini !


Sedih apabila menyaksikan gelagat manusia yang BANGGA dan RASA TERHORMAT dengan dosa yang dilakukan, seperti juga MENIDAKKAN KEWUJUDAN ALLAH SWT ! Andai mereka mengakui kewujudan Allah swt, masakan masih seenak rasa melakukan MAKSIAT, dan yang berkuasa acuh tak acuh dalam mencegah dan membendung gejala MUNGKAR ini. Isyarat bahawa JAHILIYYAH kembali menjenguk, cuma bezanya, ia dipanggil JAHILIYYAH MODEN.


Jika dahulu,kita mengeji Arab jahiliyyah kerana membunuh bayi perempuan, tapi KINI LEBIH TERUK, bayi perempuan dibunuh, bayi lelaki juga dibunuh, ANDA KEJAM ! Jika dahulu kita menghina arab jahiliyyah kerana merendahkan martabat dan maruha wanita, KINI LEBIH TERUK, maruah dan nilai wanita hanya SERENDAH RM 8.30 sen SEORANG ! tak percaya, lihat muka depan kosmo ini :



Denda RM 25 keatas 3 orang wanita yang mengaku bersalah atas tuduhan dalam Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Matematiknya mudah, RM 25 bahagi kepada 3 orang, jatuh lebih kurang Rm 8.30 sen seorang! Begitu rendah dan tidak bernilainya maruah seorang wanita, yang telah dianggkat martabatnya oleh Islam, sebermula daripada zaman Rasulullah saw, namun kini, ianya dihumban kelembah yang paling hina, oleh WANITA SENDIRI !


Yang paling memeranjat dan mengecewakan, maksiat sebegini rupa hanya diklasifikasikan sebagai "KESALAHAN - KESALAHAN KECIL 1955", walhal mereka ini melakukan tarian yang menggiurkan dihadapan khalayak, dalam keadaan yang tidak menutup aurat, dan jelas, TIDAK MENUTUP AURAT MERUPAKAN ANTARA DOSA BESAR, seperti yang di jelaskan oleh Sai'd Hawwa dalam kitab Jundullah Saqofatan Wa Akhlaqon. Golongan yang melakukan dosa besar ini, boleh diperangi sehingga tahap dibunuh, tapi MASIH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KESALAH KECIL DI MALAYSIA, Allah Hu Rabbi.




Begitulah andai Islam dipandang hanya ibadah seperti solat dan puasa, maka rosaklah akidah dan binasalah tamaddun. Betapa jelas, Islam dipermainkan dan dipandang hina, termasuk oleh pihak berwajib sendiri. Perkara yang berbentuk makruf dan mendekatkan masyarakat kepada Islam ditekan dan dihalang semampu mungkin, namun perkara maksiat dan dosa ini dibiarkan bermaharajalela,tanpa ada kesungguhan untuk membanterasnya. Apalah sangat nilai RM 25 dengan bayaran harian yang mereka dapat untuk menghancurkan Islam itu? Islam sungguh negara Malaysia!!!!


Semoga perkara ini diberikan perhatian dan dibendung, untuk mengelakkan azab Allah swt keatas kita, mohon dijauhkan dari semua ini, dan moga mereka bertaubat dan meninggalkan jalan - jalan keneraka tersebut.

Bersama Islam Memimpin Perubahan,
Kemenangan dalam Pembikinan, 
Islam Menerajui Kejayaan.

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda