teMan sYuhaDa'

Thursday 24 May 2012

.: Carilah alasan bagaimana untuk membantu Islam :.

Hala panjang nafas jam 4 : 14 pagi menterjemahkan pemikiran "aku" yang senak dengan perkara yang tak terjangkau untuk difikirkan. Terkenang akan diri ini yang terlalu banyak dosa kepada Rabbul 'Izzati, walau segala ni'mat telahpun dikurniakan kepada "aku" saban hari. Daripada udara untuk bernafas dan menumpang nyawa sehinggalah kepada urusan makan pakai dan segala bentuk ni'mat yang tidak mampu dihitung, apatah lagi dibayar.

Benar, ramai yang bersungut dan mengeluh, apabila setiap kali diminta untuk bersama menggerakkan gerak kerja Islam. Baik dari segi menyeru kepada kemakrufan, seperti dakwah dan sebagainya, dan juga seruan untuk meninggalkan kemungkaran, seperti pendustaan dan lalai terhadap Allah swt. Biasa, alasan yang berjuta akan terbit daripada mulut "aku" kononya busy, sibuk dengan urusan yang maha banyak, dan jutaan lagi alasan yang dicipta, demi untuk mengelakkan diri daripada bersama dalam menunaikan amanah Islam ini.

Alasan emosi, sentimen kekeluargaan, dan sandiwara perasaan disulami kesedihan menambah perasa yang melazat dan menyedapkan alasan. Konon "aku" lah yang maha sibuk, dengan meeting, komitmen itu dan ini, kerja yang bertali arus tanpa henti, tiada yang lebih sibuk dari "aku". Benar, semua sedia maklum akan kesibukan dan komitmen "aku" yang maha dahsyat, khususnya sebagai seorang yang berhasrat mendaulatkan Islam. Jika tidak, masakan Nabi Muhammad saw berjuang sehingga turut tercedera dalam perang Uhud, meninggalkan dan menolak segala tawaran Musyrikin Makkah. Setujukah andai "aku" mendakwa, dengan segala alasan ini maka, diriku terlalu sibuk untuk memberikan komitmen, walau sedikit tambahan, kepada gerak kerja Islam ?  Allah Hu Rabbi


Duhai diri, "aku" merayu, sedarlah andai "aku" mampu memberikan sepenuh komitmen ditempat lain, yang mana "aku" dakwa sedari awal tadi, diriku ini maha sibuk, namun "aku" tetap bersungguh untuk melunaskan kesemua tanggungjawab lain itu, MAKA TIDAK ADAKAH SEKELUMIT KEBERANIAN UNTUK AKU LAFAZKAN, UNTUK ISLAM JUGA, AKU HARUS MENCARI RUANG BAGI MELUNASKAN TANGGUNG JAWAB KEPADA NYA ! DAN BUKANNYA MENCIPTA ALASAN PALSU SEKADAR UNTUK MELEPASKAN DIRI ?

Sedih wahai diri, kenapa "aku" mampu untuk melakukan segalanya ditempat lain,TETAPI TIDAK UNTUK GERAK KERJA ISLAM ? Mengapa ?  Walau dalam keluh kesah, dilaksanakan juga segalanya, berusaha seribu daya, namun kenapa untuk Islam, aku berhelah seribu dalih ? Mengapa ? Sedih, kecewa, mengapa "aku" begini ? Termenung sejenak, benar kata pepatah " Hendak Seribu Daya, Tak nak Seribu Dalih ". Tepat dikepala !!! Konon alasan keluarga, komitmen lain dan sebagainya, tapi jelas, aku sekadar berdalih.

Kalau benar "aku"memberikan alasan kerana perkara lain, maka aku sibuk dan tak mampu untuk bergerak dalam gerak kerja Islam. Justeru mengapa tidak "aku"mencari ruang, untuk disibukkan diriku untuk Islam seperti sibuknya "aku"ditempat lain. Jelas, diriku hanya beralasan, dan terus beralasan untuk tidak berkerja demi Islam, "aku" sekadar mencipta alasan, tanpa usaha untuk membantu, walau dalam ruang lingkup yang kecil. Kalau jujur, tidak mampu dari segi masa, jangalah pula "aku" cuba berdalih untuk membantu dari ruang yang lain.


Masih banyak yang boleh dibantu. Kewangan, PENGANGKUTAN, dan segala macam ruang yang masih ada, kenapa masih juga "aku" terus dengan alasan ? Mengapa? Moga "aku" kembali bermuhasabah, bahawa "aku" telah mengikat janji dengan Rabbul 'Izzati sejak dari alam rohku lagi untuk melakukan segalanya demi Allah swt dan Islam, namun mengapa aku dustakan ianya sekarang ? Mengapa?

Maka berbaliklah kepada janjiku yang asal ketika membuat penyaksian di hadapan Allah swt, .: Carilah alasan bagaimana untuk membantu Islam, dan Jangan mencari alasan untuk tidak membantu Islam :. Ya Allah ,ampunilah "aku" atas segala kesilapan dan ketelanjuranku ini, berilah ruang kepadaku untuk memperbetulkan kembali, lohong hitam yang telah "aku" lakukan ini. Allah Hu Rabbi.


~ Surat kepada "aku", dari seorang "diri ini" ~
~ 4 : 14 pagi, ditemani air mata, demi Islam dan seisinya ~
~ mohon kemaafan dari semua, ikhlas demi Islam tercinta ~

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda