teMan sYuhaDa'

Tuesday 27 December 2011

.: ikHtiLat, pErspEktiF hUkum dAn aKibAt :.

Mutakhir ini kita melihat, pergaulan antara lelaki dan perempuan makin membimbangkan, risau juga diri ini memerhatikan gelagat mereka. Jauh di benak hati, terkenang akan dosa andai perkara ini dibiar membarah. Mohon Allah s.w.t menjauhkan diri ini dan seluruh keturunanku daripada melakukan dosa - dosa kepada Nya. Memang hakikat yang perlu diakui, hidup didalam kelompok sahabat - sahabat di FSSK, sosial interaction agak BEBAS baik lelaki mahupun perempuan. Namun, dalam meraikan sebahagian mereka yang tidak memahami akan hukum dan implikasi IKHTILAT dalam kehidupan, masih boleh diberikan sedikit kelonggaran, tetapi BERSYARAT. Jangan sampai menggadaikan nama baik Islam dan menyalahi HAK dan Hukum Allah s.w.t, maka ia dibenarkan. Firman Allah s.w.t :

 
" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia ( surah Annur : Ayat 26 ) "

Perkecilkan skop, ana memerhatikan sahabat - sahabat sekuliah dan sekalian yang akrab dan agak selalu bersama dengan diri ini. Walaupun persahabatan dan kasih sayang sebagai seorang muslim menjadi sandaran, namun perbatasan Hukum tuhan tetap menjadi keutamaan. Bimbang sebenarnya bila interaksi yang agak keterlaluan daripada apa yang dibenarkan. Perbincangan kumpulan yang terpaksa bercampur antara lelaki dan perempuan, mungkin dapat diberikan sedikit kelonggaran andai dijaga batas pergaulan, dan dalam masa  yang sama, perbincangan adalah sebenar - benar perbincangan, dan ia tidak tersasar daripada itu.

Kalau sampai bertepuk tampar antara berlainan jantina pun masih diringankan, bersentuhan antara lelaki perempuan menjadi kebiasaan, gusar andai terjelma kemurkaan Tuhan. Mungkin tak salah untuk bergurau, namun memadai sekadar mengendurkan suasana yang tegang semasa perbincangan, jangan pula sampai membawa kepada perkara yang HARAM, macam yang ana sebutkan di awal tadi, tak kisah samada berpegang pegangan atau sekadar bersentur sentuhan.


Memang seronok bertepuk tampar sesama rakan, apatah lagi berlainan jantina, gurau katanya. Namun perlu kita ingat, dalam kealpaan kita menurut segala kehendak dan tuntutan nafsu, terfikirkah kita akan " TEPUK " dan " TAMPAR "  Malaikat Zabaniah di Neraka Allah s.w.t kelak ? Tertanggungkah kita dengan " GURAUAN " hamba Allah s.w.t yang taat ini ? Andai terasa diri kita tidak tertanggung akan segala " GURAUAN " tersebut, maka eloklah kiranya kita bersama - sama bermuhasabah dan merenung kembali kesilapan dan kekurangan yang ada didalam diri kita.

Andai ada, maka dengan segeralah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. Yakinlah, pintu taubatnya tidak pernah tertutup untuk kita. Allah s.w.t telah menyatakan dengan jelas dalam Al quran agar kita tidak berhenti berdoa dan memohon kepadanya, baik memohon kemurahan rezeki, apatah lagi memohon taubat dan keampunan kepada Nya. Firman Allah s.w.t :


" Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. ( Al A'raaf : Ayat ke 55 ) "

Peringatan dan teguran ini khusus buat diri yang kerdil lagi hina disisi Tuhan Rabbul 'Izzati. Bimbang andai ada kekuatan untuk mengelak dan menegur kesilapan dan maksiat, namun diri mendiamkan. Ya Allah, ampunilah dosa ku dan dosa sekalian ummat Islam kepada Mu. Buat semua sahabat yang disayangi, ingatlah bahawa Allah s.w.t membenarkan perhubungan yang manja dan akrab, malah lebih jauh dari itu pun boleh, namun mestilah mengikut telunjuk dan garis panduan yang ditetapkan oleh agama yang indah dan mulia ini. Antara jalan yang disediakan termasuklah melalui perkahwinan misalnya.
Sungguh, andai kita menghayati dan mengamal Islam secara menyeluruh dan sepenuh hati di sepanjang perjalanan hidup ini, terasa betapa indah dan damainya perjalanan seorang hamba, menuju redho Sang Pencipta. Akhir kalam, buat sahabat dan saudara seislam dan seiman dengan hamba Allah yang hina ini, marilah sama - sama kita melakukan periuntah Allah s.w.t dan mengikuti segala saranan dan panduan daripada Allah s.w.t dan Rasulnya. Nescaya akan berbahagialah kita buat selamanya.  Sebelum berpisah, jom layan lagu ni sama - sama " CINTA MUKA BUKU ISLAMIC VERSION "



ISLAM ITU INDAH
MERANGKA SEBUAH MAHABBAH
ANDAI DISUSURI DENGANREDHO
MAKA KELAK SYURGA DIDAMBA

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda