teMan sYuhaDa'

Wednesday 21 December 2011

.: saAt sEbeLum pErjuaNgan diSambUng :.

 
Malam yang menjengah separuh usia, membuatkan diri ini turut asyik dibuai anginnya. Malam ini, ana berkampung di PTSL dengan sahabat - sahabat satu kumpulan sejak dari sem 1, tahun 1 lagi. Tersenyum seketika melihat gelagat mereka. Masing - masing dengan gaya tersendiri menatap laptop dan buku. Bersungguh nampak gaya belajar masing - masing. Tercabar jugak la sikit - sikit. Awan misalnya, memang gaya taknak kalah, buku bawak berbukit - bukit, dengan laptop buka 3 - 4 tab, memang macam ulat buku gayanya, kalah orang yang nak siapkan Tesis phD gayanya.


Tak kurang jugak teman setia awan yang selalu bantu dia, bukan main tajam mata fokus antara buku dan laptop, kadang - kadang tengok macam nak telan laptop pun ada jugak la. Bersemangat tengok sahabat - sahabat lain study. Terasa macam diri kita ni jauh ketinggalan, tapi still "menyapu" laman blog yang dah lama bersawang ni, hehe =) Tapi serius, kagum melihat kesungguhan mereka.

Jauh disudut hati, terasa semangat juga bila memerhatilkan gelagat mereka. Macam boleh ditumpang semangat juang mereka untuk terus " berperang " di medan ilmu ini. Masing - masing dengan gaya yang memberikan kesan yang hebat kepada orang sekeliling. Senang kata, tengok kesungguhan mereka study sahaja, dah naik semangat orang lain nak belajar. Walaupun mata dah terkebil - kebil tak mampu nak dibuka, tapi tangan masih pantas menaip bait - bait kata seiring dengan kelajuan otak yang tak kering dengan idea - idea yang hebat, maklumlah, orang hebat pastinya mengeluarkan idea yang tidak kurang hebatnya, barulah merpati dua sejoli =)

Apapun, diri ini juga akan turut cuba menghambat kelajuan sahabat - sahabat yang kalau bawak kat atas highway, comfirm dan kena speedtrap ni, hehe =) kelajuan mereka mengizinkan untuk hanya satu malam, belambak - lambak assignment boleh disiapkan insan hebat macam mereka ni. Cuma pesanan untuk diri ini khususnya, dan buat teman - teman sekalian, jangan bertangguh untuk siapkan segala kerja yang diberi ye, takut nanti hujung sem mulalah nak pening + serabut + tension + bla bla bla... Mulakan langkah daripada awal, menulis walau sedikit, insyaAllah akan selesai juga akhirnya, InsyaAllah =)
Lastly, buat semua sahabat dan teman yang disayangi kerana Allah, berjuanglah untuk menamatkan pengajian kalian, salah satu jihad juga ni =) maannajah ila kullukum =)

Wallah hu 'alam

p/s : jauh dihujung PTSL, terkenangkan zaujah tersayang yang jauh dimata, namun dekat dihati. Seiring hembusan bayu, jiwaku berarak merentasi malam nan tua ~ ~ ~ ~ ~ ~

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda