teMan sYuhaDa'

Tuesday 6 December 2011

.: LeNsa hAmba, pErjALanAn yAng pAnjaNg :.

Perjalanan hidup manusia seringkali berubah, mengikut rentak dan ritma alunan sebuah diari kehidupan. Benar kata para cerdik pandai, " sekali air bah, sekali pantai berubah ". Perjalanan yang penuh berliku, sepanjang 22 tahun episod hidup ni, masih berada dalam sesi penggambaran, yang belum, dan belum selesai. Tarikh lahir itu pasti, tarikh penghujung episod ini, ketentuan yang dirahsiakan Ilahi. Terasa pahit manis perjalanan ini, seperti diungkap satu persatu, helaian sejarah hidup peribadi, dikuak dedaunnya satu persatu.

Terkenang saat menjejak kaki di bumi barakah suatu masa dahulu, di Maahad Mahmud yang sentiasa dikenangi. Perjalanan yang membentuk peribadi ini, dari seorang yang kosong jiwa raga, sedikit terisi kini. Namun kelompongannya masih jelas dan terlalu banyak untuk dicerita. Dahulu, apa sahaja hal yang tiada kaitan dengan sukan, pelajaran dan perjungan Islam, lansung tidak pernah dipedulikan. Tatkala itu terdengar jauh dibibir insan ketiga, " nak bujang sampai tua ke, tak kenal muslimat lansung? "diri ini diam, sambil dibayar dengan sebuah senyuman, yang mungkin lebih mahal dari sebuah bahtera, sarat terisi jutaan makna.


YAKIN, jodoh telah Allah azza wajalla tetapkan.Sabar dan ikuti sahaja rentak alunan pengisian kehidupan, kelak akan bersua masa dan ketika, dipertemu seorang insan sebagai tulang belakang perjuangan ini, hendakNya. Aliran bahtera hidup dimudik ke selatan, menuju Labu di Negeri Sembilan. Episod baru di Smap Labu sedikit mengangkat nama, namun iman belum tentunya. Detik disana jualah, walau dengan tidak rela malah "dipaksa" takdir Tuhan mempertemu segala. Saat terakhir di bumi itu, terikat satu rasa.

Kini, setelah hampir dilabuhkan sauh pengajian di UKM, insan sepentas bekarya, bermula di Maahad Mahmud, menyusul SMAP Labu kini takdirNya, bakal menemani sepanjang usia, dunia ia, akhirat jua, ameen hendakNya =) Tersenyum merenung karya pelayaran insan kerdil ini, walau tidak sehebat pelayaran Ibnu Bathutoh, tidak berliku seumpama Bahtera Tariq bin Ziyad, namun telah puans mengerah keringat. Moga takdir jodoh ini terbaik hendaknya, untuk mengemudi episod kedua, siri pelayaran hamba hina.

Ya Allah, berkatilah perjalanan baru ini, hanya beberapa ketika dari saat lembaran ini siap dikarya, maka pandulah kami bersama, menuju redho dan syurga Mu jua. Doa ku " Ya Allah,berkatilah perjalanan ini, bahtera dikemudi nahkoda muda, mohon hidayahMu sebagai panduannya, agar tidak karam dengan gelora, malah terus kukuh diatas bahtera, menuju Syurga abadi, tempat impian hamba hina ini =) "


Moga coretan pendek pengembaraan ini, memperingatkan diri, tuhan jua tempat kembali, berusaha agar mencapai, sebuah pulau, yang dinamakan PULAU REDHO ILAHI =) Doakan kami sahabat sekalian, mengemudi bahtera hingga kesasaran, destinasi akhir menuju tuhan..ALLAH HU AKBAR !!!!!

Wallah hu a'alam 

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda