teMan sYuhaDa'

Thursday 15 December 2011

.: sUdut bAru kEhidUpaN :.

Semalam, diri ini insan lain, namun hari ini telah merubah lanskap hidup ini. Perjalanan hidup digerakkan ke fasa baru yang jauh lebih mencabar, bersama insan baru yang kini melengkapi, sebahagian dari hidup ini, seorang insan bernama isteri. Tepat jam 11.30 pagi, tanggal 10 Disember 2011, ana melafazkan dengan sekali lafaz " Aku terima nikahnya, Nurul Waznah binti Ahmad, dengan mas kahwinnya RM 1284 tunai ", serentak dengan itu maka terpatrilah satu episod baru, menyambung sunnah Rasul tercinta, maka diri ini sah disatukan dengan insan teristimewa, Nurul Waznah binti Ahmad sebagai suami isteri.


Walau sedikit kekok dan macam orang hilang punca selepas akad, mungkin kerana gementar, tetapi akhirnya terasa begitu tenang jiwa =) Insan ini sah sebagai peneman hidup ini, insyaAllah bakal menjadi ketua bidadari buat diri ini disyurga Allah di akhirat nanti. Moga Allah s.w.t memakbulkan doa hambanya yang hina ini =_ ) Dalam kegelisahan dan gementar, perjalanan bahtera baru ini akan dikemudi, berbekalkan peta iman, bertunjangkan tujuan mardhotillah, mohon dipermudahkan segalanya, ameen =)

Terasa speperti semalam baru pertemuan ini diuntai. Tersenyum sendirian saat terkenang, betapa janji Allah itu pasti, ajal maut, rezeki dan JODOH telah ditentukan oleh Nya. Sejak dari tingkatan 1 sekolah bersama, namun tak pernah bersua, apatah lagi bertegur sapa. Namun, kita merancang, Allah sebaik - baik perancang. Hajat untuk menyambung STAM di Maahad Mahmud tercinta dialih arahnya ke SMAP Labu atas pilihan bonda dan ayahanda. Berat namun redho, rupanya disitulah titik mula, perjalanan 2 jiwa yang akhirnya bersatu dibawah lembayung yang sama, bahtera perkahwinan kini tercipta =)



Moga Allah s.w.t mengampuni dan memberkati perjalanan hidup kami sebagai hambanya, dan moga dikuatkan hati kami berdua untuk terus mendokong perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza Wajalla. Andai masih hidup 10 ke 15 tahun akan datang, moga kami digolongkan dalam kelompok yang berbai'ah kepada Al Mahdi, meneruskan perjuangan Islam nan suci, Allah hu Akbar !!! Perjalanan ini masih panjang, andai diizinkan, moga terus mendapat hidayah dan taufiq dari Nya.

Terima kasih buat Isteri tercinta, bantulah suamimu ini untuk terus mengabdikan diri pada Ilahi. Moga bahtera perkahwinan ini akan kita sandarkan kepadaNya =) Salam sayang daripada suamimu, yang kini sedang memburu redho ilahi =)

* p/s : nukilan saat 2:09 pagi / Bandar Baru Bangi / 16.12.11 khas buat isteri abang tersayang, moga Allah s.w.t sentiasa melindungi dirimu =)

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda