teMan sYuhaDa'

Wednesday 3 August 2011

.: isLam dAn biNaanNya :.

Ramadhon kini sedang dalam perjalanannya, menjengah hari yang ke 4. Bermula malam pertama dan kedua, diri ini diamanahkan untuk menjadi imam Tarawikh di Balai Islam dikampung halaman. Seperti kebiasaan, selesai 8 rakaat solat tarawikh + 3 witir, sesi tazkirah bermula. Pada malam yang pertama, terpanggil rasanya untuk berkongsi dengan para jamaah tentang Ramadhon dan kematian.  Pada malam kedua, tazkirah diteruskan dengan perbincangan kitab " Annasihatud Din, Wal Wasiyyatul Iman " berkaitan taubat, dan kaitannya dengan ramadhon.


Tapi untuk posting ni, rasanya tak perlu lagi diceritakan berkenaan dengan sesi tazkirah yang pertama dan kedua, kita simpan next posting. =) Kali ini, terasa ingin menulis tentang tazkirah pada malam yang ketiga, yang di sampaikan oleh Ustaz Sulaiman Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Sulaiman Mantap dari Kampar =) Disepanjang tazkirah yang disampaikan, lebih kurang 1 jam setengah tersebut, ana nak huraikan satu perkara sahaja untuk sesi ini, iaitu berkaitan dengan Islam dan binaannya.

Antara yang paling menarik perhatian ana pada malam ini adalah bila Ustaz Sulaiman membacakan Hadis Ke-3 dalam kitab HADIS 40, yang berkaitan dengan Rukun Islam. Teringat zaman menuntut di Maahad Mahmud dulu, ni la hadis pertama yang dipelajari dan didengari oleh diri ini semasa di tingkatan 1 =)
Hadisnya kita baca sama - sama kat bawah ni :

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke BAITULLAH dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan"

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab (( باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16.

Pokok Perbincangan Hadis :

Berkaitan Binaan Islam :
Menurut hadis ini, Rasulullah s.a.w mengibaratkan Islam ini sebagai penyelamat manusia yang mampu mengeluarkan mereka daripada kekufuran dan syirik kepada Allah s.w.t sekaligus menjadi sebab atau lesen paling besar untuk melayakkan setiap ummat Muhammad s.a.w memasuki syurga Allah s.w.t serta jauh dari nerakaNya. Struktur binaan yang kemas dan kukuh ini turut dilengkapi dengan asas-asas dan cabang-cabangnya yang 5.

Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
Bagi yang menolak sebahagian atau semuanya - hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura munafiq

Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - merupakan perkara pertama yang dihisab di Mahsyar.
Zakat - suburkan harta/ berkat disamping dapat menyucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya wajib segerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikekang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang asas ataupun pokok kepada lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab secara sepenuhnya, tanpa terkecuali walaupun satu perkara. Menegakkan rukun lslam bermakna memastikan kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keindahan binaan lslam, dan sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan terhadap lslam itu sendiri.


Diharapkan intipati tazkirah yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita bersama. Moga Allah s.w.t memberikan rahmat dan magfirahnya kepada kita, ameen ya rabbal a'lamin =)
Renung - renungkan, dan selamat beramal ^_- v

Wallah hu 'alam.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda