teMan sYuhaDa'

Tuesday 16 August 2011

.: 5 pEndiNdiNg iMan - iMam aS sYafiE :.


Malam ke 17 ramadhan ni, ana bertarawikh di Balai Islam Sungai Batu.  Sesi tazkirah kali ini, perbincangan lebih berkisar kepada pengisian ramadhan itu sendiri, khususnya dikalangan insan yang mengaku sebagai pejuang Islam dan beriman kepada Allah s.w.t. Posting kali ini, anak nak berkongsi kata - kata Al Imam As Syafie r.a tentang IMAN dan benteng yang memeliharanya.

Ramai dikalangan kita yang mendakwa beriman kepada Allah namun dalam masa yang sama, menolak hukum Allah, meninggalkan kerja menegakkan kalimah Allah dan menafikan kalam Allah beserta isi kandungannya. Maka dakwaan bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t yang benar - benar beriman kepadanya, agak meragukan. Bukan menuding jari kepada sesiapa, tetapi lebih khusus untuk muhasabah dan tazkiatun nafsi kepada diri yang banyak berdosa ini.

Menurut Imam As Syafie, Iman ini mampu dilindungi dengan 5 pendinding utama iaitu YAKIN, IKHLAS, AMALAN - AMALAN SUNAT, ISTIQAMAH, dan DISIPLIN. Jika dilihat daripada heirarki ataupun susunan, YAKIN diletakkan sebagai yang pertama, bersandarkan kepada Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Iman dan keYAKINan itu adalah keimanan yang tertinggi".Hal ini bermaksud, jika kita sekadar mengakui beriman, akan tetapi segala urusan kehidupan kita, tidak melambangkan keimanan yang sebenar kepada Allah s.w.t, maka kita masih tidak yakin kepada Nya, dengan sebenar - benar keyakinan. 
 
Contoh mudahnya, kita beriman dengan Sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang Ramadhan dipertengahannya adalah Maghfirah, atau keampunan daripada Allah s.w.t keatas dosa - dosa kita. Akan tetapi, kesungguhan kita untuk merebut keampunan Nya tidak seberapa. Tarawikh makin berkurang, Al Quran kian tersisih, Hukum Allah dijadikan permainan, maka walau tidak dilafaz dengan kata - kata, tetapi amal perbuatan kita menzahirkan betapa kita tidak teringin, ataupun mengharap keampunan daripada Allah s.w.t. Nau"zubillah himin zalik. 


Berada di kedudukan kedua selepas YAKIN  adalah IKHLAS. Perkara ini amat bertepatan dengan hakikat bahawa, andai ada keyakinan, barulah akan datang keikhlasan untuk melakukan sesuatu terhadap perkara yang di yakini tersebut. Kita bandingkan dengan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta, tanpa keyakinan bahawa Dialah yang akan menghakimi dan menilai kita dimahkamah Mahsyar kelak, dengan disediakan 2 jenis hukuman atau balasan, iaitu Syurga atau Neraka, maka tidak mungkin kita akan benar - benar ikhlas melakukan pengabdian dan beribadah kepada Nya.

Contoh mudah untuk renungan diri ini khususnya, kita saban hari mendakwa kita meyakini Ke Esaan Allah s.w.t , akan tetapi kita tanpa rasa malu melakukan maksiat dan dosa kepadaNya di muka bumi milikNya ini. Ibadah sehari - harian juga tidak ikhlas, tidak lebih dari riya' atau sekadar rutin tanpa memahami tujuan sebenar diwajibkan sesuatu hukum tersebut. Contohnya, dalam hal bertudung ( rujuk disini ), ramai dikalangan muslimah yang bertudung lebih kepada fesyen, dan bukan kerana Perintah WAJIB dari Allah Azza Wajalla. Keikhlasan dalam perbuatan tersebut tidak wujud, kerana hanya merasakan ia nya sekadar tidak lebih dari budaya atau trend semata - mata. Maka bagi mereka yang beranggapan sedemikian, jelas bahawa apabila tidak meyakini akan tuntutan fardhu tersebut, maka keikhlasan juga tidak akan muncul, maka akhirnya akan rugilah mereka kerana mengabaikan tanggungjawab yang WAJIB, malah bimbang kalau - kalau dimurkai oleh Allah s.w.t. Wai'yazubillah.

Perkara yang ke 3 yang dinyatakan oleh Al Imam As Syafie, yang dikategorikan sebagai pendinding keimanan adalah AMALAN - AMALAN SUNAT. Pada sebahagian besar ummat Muhammad s.a.w, mereka lebih suka membahaskan perkara yang tidak terlalu mendesak, contohnya isu solat sunat Qabliah dan Ba'diah, yang mana satu sunat muakkad, dan yang mana ghairu muakkad. Walau yang mana satu sekalipun kategorinya, apakah salah seandainya kita memilih untuk melakukan kedua - duanya sekali? tiada Nas yang melarang atau mengharamkannya, melainkan yang jelas seperti ba'diah asar ( itupun masih ada khilaf dikalangan ulama' ) .  Kenapa tidak kita memilih untuk melakukan sedaya mungkin, dengan harapan Allah s.w.t menerima segala amalan tersebut.
 

Sedih apabila ramai yang beranggapan, amalan fardhu sudah memadai. Jika demikian lah pandangan kita, maka kelak dihadpaan Allah s.w.t tiadalah beza diantara kita. Sudah tentu ianya mustahil, kerana pasti akan wujud perbezaan sesama kita. Maka jika dinilai dalam sudut pandang yang paling mudah, solat contohnya, Solat fardhu, sudah tentu semua orang WAJIB melakukannya, tanpa mengira suka ataupun tidak. Maka mungkin akan timbul isu ketidak ikhlasan dalam beribadah, perkara itu yang akan dinilai. Ya, memang tidak dinafikan ia nya benar. Namun, cuba kita ambil situasi paling genting, iaitu semua yang melakukan amalan fardhu itu ikhlas, maka dimanakah kedudukan kita?tepuk dada, tanya iman.

Andai situasi itu kita jadikan sandaran, maka perbincangan mengenainya kita tinggalkan sementara, bukan lupa terus tau =) Kita jadikan ia nya perkara kedua untuk dibincangkan, pokoknya kita fokuskan kepada ibadah itu dahulu. Maka jika amalan fardhu tersebut, semua manusia ikhlas dan beribadah semata - mata kerana Allah s.w.t, sudah tentu amalan sunatlah yang akan menjadi tembok pemisah dan perbezaan kita dengan hamba yang lain di hadapan Pencipta kita kelak. Tidak hairanlah bila Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, " dekatkanlah diri kamu kepadaku melalui amalan - amalan sunat mu ". Kerana AMALAN - AMALAN SUNAT ini tanpa paksaan, maka keikhlasanlah yang akan didambakan dan dinilai daripada amalan tersebut.Mudah - mudahan dengan perkara tersebut, akan tergolonglah kita kelak dalam kalangan hamba yang layak mendapat Redho Allah s.w.t, InsyaAllah Hu Rabbal 'Alamin.

Untuk posting kali ini, ana huraikan 3 daripada 5 dahulu, kalau cerita semua, tak terbaca pulak nanti = ) Beramallah dahulu dengan 3 daripad 5 pendinding Iman yang diwasiatkan oleh Imama As Syafie ini, moga - moga ia nya memberikan kebaikan dan meningkatkan keyakinan kita kepada Allah Azza Wajalla InsyaAllah. Baki 2 lagi perkara iaitu ISTIQAMAH dan DISIPLIN akan kita bincangkan dalam posting yang akan datang InsyaAllah biiznillah =)

Moga bermanfaat buat semua, wallah hu 'alam.


No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda