teMan sYuhaDa'

Tuesday 2 August 2011

.: tiPs 30 jUzuk di rAmaDhan kAreEm :.

 

Salam Ukuwwah buat semua ^_^ v

Seperti biasa, setiap kali Ramadhon berkunjung, setiap ummat Islam semestinya akan berlumba - lumba untuk memperbanyakkan ibadat dan munajjat kepada Allah Azza Wajalla.Amalan - amalan ini termasuklah zikir,solat - solat sunat dan tidak terkecuali tadarrus Al Quran. Antara sasaran yang biasa kita dengar, setiap orang akan menyebut " aku nak khatam Al Quran ad list sekali puasa kali ni". Ini ungkapan biasa yang sering kita dengar saban waktu.

Namun, timbul satu persoalan, adakah kelak dipenghujung ramadhon, termampukah setiap daripada kita melaksanakan misi khatam Al Quran ini? Majoriti daripada kita, gagal merealisasikan impian diawal ramadhon ini. Ada yang hanya separuh jalan, ada yang tak sampai 3 juzu' dan macam- macam lagi alasan dan halangan yang terjadi.

Pada kali ini, penulis terasa terpanggil untuk menyatakan pandangan dan cadangan, yang InsyaAllah akan membantu sedikit sebanyak untuk kita bersama menjayakan misi khatam Al Quran ini. Perkara simple ini kemungkinan tidak disedari oleh sebilangan besar ummat Nabi Muhammad s.a.w kini.


Tipsnya mudah, kita sudah semestinya akan menunaikan solat, paling kurang 5 kali sehari, iaitu solat fardhu, tak kira lah solat subuh, zohor atau yang lain - lainnya. Bab solat sunat tak payah kita masukkan lagi kat sini, kita kira solat fardhu dulu =) Cadangan penulis, kaedah yang paling sesuai, adalah membaca 2 helai naskah Al Quran setiap kali selepas solat, maksudnya lebih kurang 4 muka la. Orang sekarang kena main revers psikology sikit, kalau sebut 4, bunyi macam banyak, kalau sebut 2, ok sikit kan? =)

Kalau kita tengok balik, satu juzu' Al Quran, lebih kurang 10 helaian atau 20 muka surat. Kalau kita darabkan , 2 helai x 5 waktu = 10 helai. Jika diikutkan pengiraan ini, maka selesailah sehari 1 juzu', kan teman - teman? =) Maka, melalui kaedah yang simple dan mudah untuk dilaksanakan ini, insyaAllah dapat membantu kita semua, terutamanya diri ini untuk khatam sekurang - kurangnya 1 kali di sepanjang Ramadhon kali ini.

Namun pesanan buat teman dan sahabat sekalian, jangan khatam sahaja ya, kalau boleh fahami, hayati dan amalkan isi kandungan Al Quran ni sekali. Baru lah hidup akan berlandaskan kitab Allah s.w.t. Kelak hidup akan menjadi tenang dan damai sejahtera. Kalau yang diberikan Allah kesempatan masa dan tenaga, cubalah untuk baca 4 helai setiap kali selepas solah fardhu, untung - untung, dapatlah kita khatam 2 kali Al Quran pada Ramadhan kali ini. Tak gitu ? =)


Moga nukilan kali ini memberikan manfaat kepada semua. Renung - renungkan, dan selamat beramal =)
Wallah hu a' lam

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda