teMan sYuhaDa'

Monday, 14 November 2011

.: dAri LeNsa sEbuAh pErjALanAn :.

Dalam suasana korban yang belum reda, takbir 'aidil adha pun belum melabuhkan tirainya, ana gagahkan diri untuk memandu melayan perasaan, menuju UKM di Bangi. Seawal usia subuh, matahari pun belum nak bangun menjenguk alam, BKW 4013 dan diri ini menelusuri PLUS bersendirian. Jiwa agak tak terfokus, fikiran mencapah memikirkan banyak benda. Disember 2011 ni, beberapa perkara penting akan mengubah lanskap dunia, dunia diri sendiri =)


Sampai di bumi UKM, terus bersiap untuk ke UTM Skudai, memikul amanah mmbawa nama UKM untuk ke Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011 selama 4 hari di UTM. Sepanjang perjalanan, ditemani perbincangan kecil dengan Presiden PMUKM, Akh Muzzammil dan " bini - biniku gangster ". Ternyata perkara itu lansung tak mengusik jiwa, masih termenung sendirian, melepaskan pandangan seluas bentangan hutan kiri dan kana jalan. Wondering something ! ~ *

Sampai di UTM,terus ke Dewan Sultan Iskandar ( DSI ) untuk 1st aktiviti. Layan je. Kepala saat tu memikirkan amanah untuk membentangkan Kertas Kerja esok, tajuk yang terpikul di pundak, " Negara Bangsa : Suatu Analisa ". Paper yang disiapkan hanya semalaman, malam sebelum raya haji, berteman unggas dan nyamuk, dipilih untuk disajikan, ESOK ( Sabtu 12 / 11 ). Slide tak buat lagi sebenarnya time tu. entah, jiwa tak terasa nak buat pun, still Wondering something ! ~*

Disini ada ceritanya : ISLAM FOR ALL
Alhamdulillah, tergagah dengan jiwa yang lansung tidak terdaya saat itu, kekuatan yang sebenarnya "tiada" ana teruskan amanah, Pencerahan tentang keindahan hidup berteraskan Islam dan bernaung dibawah Kerajaan Islam dan Perundangannya ana cuba relate kan disepanjang perbincangan ini. Syukur, komentar dan respon dari majoriti mempersetujui, walau adat, ada penentang tuhan yang tidak selesa dengan Islam dan Keindahannya, walau dalam saat menentang itu, masih mendakwa diri beragama, walau tudung melitupi kepala. Hidayah hak Allah s.w.t. Wallah hu 'alam.


Termenung sendirian, saat perbentangan selesai berjalan, diri ini masih " kehilangan" , still wondering something ! ~*. Terfikir akan perit getir saat menanti Disember 2011, yang bakal mengubah lanskap hidup ana secar mutlak dan keseluruhannya, maka saat menekan ini, terkenang kembali saat jiwa diuji, 2002 - 2006, merindui Maahad Mahmud. Moga Allah memberikan kekuatan keatas jiwa hina ini, Ya Razzaq, Ya Fattah, Ya Rahman. Moga jiwa ini akan kuat, menanti saat yang belum selesai, menanti perjuangan yang tidak akan mungkin berkesudahan. Moga dosa hina hamba kerdil ini, terampun jua. ameen =_(

Wallah hu a'lam

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda