teMan sYuhaDa'

Thursday, 29 September 2011

.: sAkit itU ujiAn dAri Allah s.w.t :.

 
Dalam kehidupan seharian, ada kalanya kita sihat dan bahagia. Namun tidak di nafikan ada saat dan ketikanya, kita akan jatuh sakit dan sedikit derita. Namun, dalam rintihan menanggung derita ini, wajib untuk kita sulami dengan rasa syukur tak terhingga kehadrat Rabbul 'Izzati kerana dengan kesakitan yang diberikan ini, membuktikan kasih sayang Nya kepada kita, dan dalam masa yang sama, kiffarah keatas dosa - dosa kita nan lalu. Terkenang kata - kata seorang sahabat tentang firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah, ayat ke 286 :

 

Benar, Allah s.w.t tidak akan membebani seseorang hambanya jika ia diluar kemampuan hambanya..Ana yakin, ada hikmah disebalik ujian Allah ini. 2 tahun lalu, kejadian yang sama pernah berlaku, sebaik sahaja ana angkat takbir untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM, ana rebah kebumi. Tubuh seolah tak terdaya dan tiada kudrat untuk bergerak. Setelah 2 tahun lebih, kejadian tersebut berulang, subuh kelmarin..Hanya Allah s.w.t yang tahu kesakitan dan peritnya.
Tapi Alhamdulillah, semalam dan makan ubat, minum ECPI siap tampal cool fever lagi tu,hehe =) Hari ini, keadaan beransur pulih. Ana dah boleh bergerak ke tandas untuk wuduk dan mandi sendiri, dah boleh ke klinik Doktor Hasan di PKNS untuk ambil ubat, tapi orang lain drive. Belum terdaya rasanya untuk memandu sendirian. Alhamdulillah keadaan kini semakin positif, syukur kepada Mu Ya Allah..


Kepada seluruh ahli keluarga, na, dan sahabat - sahabat yang sudi membantu dan bersusah payah untuk membantu insan ini, ana ucapkan jutaan terima kasih, tak termampu rasanya untuk membalas jasa kalian, hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya. Benarlah kata ilmuan terdahulu, sahabat adalah orang yang boleh bersama ketika susah dan senang, bukan pada waktu tertentu sahaja.

Sekali lagi buat kalian semua, Jazakallah hu khairan jaza'. Doakan ana cepat pulih dan sihat. Tak sabar untuk kembali beraksi seperti sediakala. Moga Allah panjangkan umur dan berikan kekuatan kepada diri ini. Ameen..........


Wallah hu 'alam

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda