teMan sYuhaDa'

Monday 12 September 2011

.: dAri LeNsa hUkum dAn aKibAt :.



Terfikir sehari dua ni, menung memikirkan keadaan ummat manusia, khususnya di Malaysia. Semakin  ramai yang bersuara untuk mempertahankan perkara yang mereka sendiri tidak tahu akan realiti dan hakikatnya. Sejak isu " Mat Indera " mula menggegarkan seantero Malaysia, maka muncullah pelbagai jenis rumusan dan kesimpulan daripada pelbagai perspektif dan dituturkan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Malam ini, anak tidak bercadang untuk mengulas atau memperkatakan ISU ini dari perspektif SIAPA MAT INDERA, atau NEGARA KITA INI DIJAJAH atau DINAUNGI semata - mata. Takut dan bimbang sekiranya kita bersuara, dalam keadaan kita sendiri tidak tahu, maka kita berdusta. Atau kita tahu, akan tetapi demi menjaga " PERIUK NASI " dan kepentingan duniawi semata - mata, maka kita turut berdusta. Takut dengan ancaman Rasulullah s.a.w tentang pendusta, bimbang kita turut terjerumus dalam lembah kemunafiqkan :

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
 
Riwayat Ahmad

Maka hari ini, terpanggil rasanya untuk mengulas dari sudut hukum dan akibat daripada isu ini. Memang bagi sesetengah pihak, isu ini dilihat sebagai batu loncatan untuk mereka menghentam pihak lain, dan dalam masa yang sama mampu unutk menutup kesilapan dan dosa yang dilakukan mereka. Namun timbul di benak pemikiran ana, adakah dengan memanipulasi fakta dan isu sebenar daripada pengetahuan masyarakat umum, dan dalam masa yang sama cuba untuk memutarbelitkan isu tersebut dilihat sebagai perkara yang BAIK dan MULIA??

Tidakkah kita, sebagai ummat Islam ( majoriti yang membahaskan isu ini adalah dari kalangan yang MENGAKU ISLAM, hakikatnya Wallah hu a'lam ) sedar akan realiti dan akibat daripada setiap bait kata yang kita lafazkan ini? Andai betul seperti yang didakwa, bahawa negara ini tidak pernah dijajah, maka adakah apa yang tercatat dan dipelajari oleh jutaan pelajar SEJARAH sebelum ini adalah perkara fitnah dan dusta? Andai YA, maka mungkinkah akan dihukum bahawa PARA PENULIS buku dan ILMUAN SEJARAH kesemuanya PENDUSTA dan MENABUR FITNAH saban hari?? Apa hukum andai sekian lama kita BERBOHONG dan MEMFITNAH ?


Itupun jika benar bahawa negara kita tidak dijajah. Namun bagaimana jika sebaliknya kita yang mengatakan sedemikian semata - mata kerana ingin menjaga kepentingan tertentu, maka isu ini diputar belitkan? Tidakkan khuatir andai BENAR kita berdusta, maka kita sudah terpalit dengan sifat para munafiqin. Diamanahkan sebagai ILMUAN SEJARAH, tapi kita tidak amanah malah sebaliknya, kita mengkhianati amanah tersebut, dengan cara memalsukan perkara sebenar. Tidak cukup dengan tidak amanah, kita pula menyebarkannya kepada seluruh masyarakat umum, maka kita telah berdusta dalam kata - kata. Gentar jiwa ini andai benar kita tidak amanah dan pendusta, kerana MUNAFIQ itu tempatnya NERAKA, Wa'iyazubillah.

Perkara ini baru dibahaskan dari satu hukum yang kelihatannya kecil, namun berat akibatnya disisi Allah s.w.t. Terasa gentar jiwa kerana perkara yang kecil ini, dibimbangi akan membawa kita jauh dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Bukan menghukum, namun sekadar peringatan dan nasihat, agar kita bersama tidak terjerumus kedalam neraka kelak.

Jika kita bahaskan dari sudut akibat pula, bagaimanakah kedudukan ataupun status insan - insan yang telah berjuang untuk mempertahankan negara dan menuntut kemerdekaan suatu masa dahulu? Nama - nama yang sering dipinggirkan, namun tidak kurang hebat peranan mereka, seperti Dr Burhanuddin Helmi, Tok Janggut dan sebagainya, apakah status mereka? Jika sebelum ini mereka dianggap sebagai antara PEJUANG KEMERDEKAAN tanah air, namun jika kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kita TIDAK PERNAH DIJAJAH,  maka mereka ini apa? PENGKHIANAT, PETUALANG, atau PEJUANG sebenarnya?


Bagaimana pula dengan kelibat Tunku Abdul Rahman yang di agung - agungkan semenjak sekian lama sebagai BAPA KEMERDEKAAN ? Jika tidak dijajah, mengapa PERLU diisytiharkan MERDEKA ? MERDEKA dalam konteks Negara adalah BEBAS DARI PENJAJAHAN. Jika tidak dijajah, maka tidak wujudlah Merdeka. Kekeliruan juga muncul, jika tidak di jajah, mengapa perlu diturunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan  Tanah Melayu @ Malaya tepat jam 12:00 malam 31 Ogos 1957 ? Apa tujuan sebenar Tunku ke Kota London selama 2 minggu untuk membincangkan isu kemerdekaan andai Negara ini tidak dijajah ? Persoalan - persoalan ini yang menjadi tanda tanya, andai benar seperti yang didakwa.

Dalam konteks yang lain pula, jika kita tidak dijajah, malah turut mendakwa bahawa Sultan dan Raja yang menjemput British ke negara ini, menggambarkan seolah - olah British dan tali barut merekalah yang menjadi " hero " kepada tanah ini, dan bukannya para pejuang tempatan yang lain. Isu ini nampaknya telah membuka mata banyak pihak, bahawa betapa " TEBALNYA SOLEKAN " dan pengubahsuaian fakta sebenar dari pengetahuan umum, malah betapa LEMAHNYA KEINTELEKTUALAN kita, kerana setelah hampir separuh abad lamanya, barulah terhegeh - hegeh nak menyatakan bahawa sejarah yang ada kini silap dan dusta.

Moga selepas ini, tiada lagi tindakan tidak berakal seperti ini, semata - mata untuk menjaga kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu, maka segala bentuk hakikat dan realiti dirahsiakan semahunya. Terlintas didalam minda, apa agaknya yang akan ditulis 50 - 100 tahun akan datang tentang sejarah hari ini? Adakah solekan bertopeng DUSTA masih segar membaluti catatannya? Andai kiamat belum bersua, anak cucu bangsa ini menjadi saksinya.


Maka benarlah kata hukama' " akhir zaman ini disulami dunia penuh dusta, sehingga kebenaran kelihatan hina, malah kezaliman dipandang mulia, maka tiba saat itu, tunggu lah bersama menyaksikan keruntuhan sebuah empayar sang penguasa, yang bertahan sekian lama, diatas kezalima fitnah dunia, kelak kembali menyembah tanah Nya"

ISLAM dalam PERJALANAN,
KERINGAT membentuk KEBENARAN,
KEMENANGAN dalam PERALIHAN.

Wallah hu a'alam.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda