teMan sYuhaDa'

Tuesday 6 September 2011

.: sEteLah 20 hAri :.

Assalamualaikum buat para pembaca dan sahabat - sahabat sekalian.

Pertama sekali ana nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, walaupun dah menjengah 11 syawal hari ni =) Moga kalian gembira disamping keluarga tersayang. Cuma sekadar peringatan, dah cukup belum puasa 6 di bulan syawal ni? Ingat pesan Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda " puasa 6 hari di bulan syawal menyamai puasa selama setahun berturut - turut". Dapat jugak kita cover mana - mana cacat dan kelompangan puasa ramadhan yang lalu. Moga kita beroleh keredhoan Allah s.w.t bersama.

Rasanya dah lebih kurang 20 hari blog ni tak keluarkan hasil, satu posting pun tak sempat nak taip. Kebetulan akhir ramadhan dan syawal ni, jadual pack sikit. 3 syawal ada family day, 4 syawal ada majlis pelancaran KAMI peringkat Parlimen Beruas, hujung minggu pulak kena hantar adik - adik balik asrama, kebetulan tok ayah pulak sakit, kene bekejar balik ke Klate. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat.


Hari ini, ada ruang lepas zohor, terasa nak kongsi satu kisah masa dalam perjalanan pulang dari hantar adik - adik balik asrama. Ana ternampak seorang pakcik tua tangah kayuh basikal seberang jalan, pakai kain pelikat, t-shirt kuning dan berkopiah. Umurnya mungkin dalam setengah abad, mungkin lebih. Kudrat yang sedikit dikerah untuk mengayuh kenderaan usangnya, basikal tua.

Tak jauh dari pakcik tu, ada 2 orang polis. Nampak seolah pakcik tu diarahkan berhenti, tak berani nak hukum, sebab ana dalam kereta kat seberang jalan, tunggu trafic light hijau, tak dengar apa yang dibicarakan. Namun terdetik dalam hati ini, apalah salah pakcik tua ini memakai baju kuning bertulisan BERSIH ??? Apa yang terdaya oleh lelaki tua yang hampir seabad umurnya ini kalau nak dikategorikan sebagai merbahaya dan menggugat keselamatan awam???

Kenapa zaman ini, takut sangat dengan warna, sampai buta untuk menghukum mana lebih kejam, sang perompak dan penyangak atau insan tua yang sudah tiada kudrat dan upaya. Bahayakah tindakan memakai baju kuning tersebut, sampai 2 3 orang mat motor yang menunggang satu tayar tanpa helmet boleh dibiarkan berlalu??? Sebak melihat keadaan manusia kini. Terlalu akur tanpa pandukan hukum. Sebak memerhatikan gelagat 2 orang polis dan pakcik tua tersebut.

Benar, ada yang setuju dan ada yang tidak dengan BERSIH, tak terpanggil untuk dibicarakan kali ini. Namun apa yang nak dinilai, janganlah terlalu zalim dalam menghukum, dan jangan terlalu taksub dengan arahan sang penguasa, kelak diri yang merana, menanggung dosa di alam selepas dunia. Benar Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud " taatlah kamu kepada Allah, Rasul dan Ulil amri dikalangan kami, namun jika ada sebarang pertikaian, maka kembalilah kepada Allah dan Rasulnya". Ayat umum ini menyuruh kita patuh kepada ulil amri, namun harus tidak bercanggah dengan apa yang digariskan oleh Islam, kerana itu Nabi Muhammad s.a.w berpesan dalam sabda Baginda " Tiada ketaatan kepada makhluk, pada perkara yang maksiat@ingkar kepada Allah".


Fikirlah bersama, tindakan patuh membuta tuli tanpa mengkaji dan meneliti hukum yang sepatutnya, bimbang kelak di mahkamah Allah, tak tertanggung oleh kita kerana dosa yang membebankan ini. Sebak ana melihat keadaan ini, Allahu Rabi. Untuk insan tua, kudrat dan kesungguhan jiwamu, mengatasi segala kekuatan dan kudrat luaran manusia, ku nukilkan sebuah puisi untukmu, tanda ingatan atas kekuatan jiwamu, walau tak pernah kita bersua, apatah lagi bertegur sapa.

hening petang itu,
tatkala mentari menggigit bibir,
membakar kulit muda,
engkau insan tua,
mengerah keringat menghayun kudrat,
lemah kayuhanmu menghentak kenderaan tua,
baju kuning nan dipakai,
kopiah putih tersedia,
lambang jiwa,

engkau insan tua,
atas kudratmu yang hampir tiada,
usiamu mungkin separuh abad,
mungkin lebih, 
mungkin hampir seabad sudah jenguknya,
namun jiwa tuamu tak pernah tunduk,
apalagi akur,

kental jiwa menghentak sanubari,
menyentap paradigma,
engkau pemula sebuah ceritera baru,
mengubah masa depan nasib anak cucumu,
walau mungkin terlambat untuk diukir hasilnya,
namun engkau gagahi jua,

atas yakinmu kemenangan itu kan kunjung tiba,
janji tuhan tiada mungkirnya,
maka engkau insan tua,
mesej BERSIH kan negara dari kezaliman kuku besi,
menentang penentang hukum Tuhan tetap hakiki,
biar nyawa galang ganti,
biar keringat sudah mati,
kelak janji Tuhan akan terjadi,

perjuanganmu akan abadi,
saksi agung di hadapan Ya Rabbi,
engkau penentang kezaliman duniawi,
moga kelak, syurga milik tempat kembali,
menangis mengenang manusia kini,
Allah s.w.t dipandang tepi,
ada kepentingan di guna,tiada,
maka pinggiranlah semata.

Menangis tatkala ana memerhatikan pakcik tua tersebut, kental jiwanya. Moga Allah memberkati umurnya, dan kepulangannyamenghadapa Ilahi kelak menjanjikan syurga yang abdi, insyaAllah. Allah hu akbar.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda