teMan sYuhaDa'

Tuesday 13 September 2011

.: aNtaRa mArUah dAn kEinteLektUaLan :.

 

Lepas solat zohor semalam, plan nak ke Canselori untuk selesaikan urusan pendaftaran kursus sem ni. Namun, disebabkan masalah teknikal, tak boleh nak selesaikan. Maka ana decide untuk jalan - jalan kat Pusanika UKM, kebetulan ada PC Fair sekarang ( jemput la datang ramai - ramai ^_^ v ). Lebih kurang 10 minit pusing, tak jumpa apa - apa yang teringin nak dibeli, terus ke parking motor, nak balik kolej. Tiba - tiba ana terlihat seorang student, yang pada hemat ana dia student timur tengah sedang cuba berinteraksi dengan beberapa insan di sekitar foyer Pusanika.

Tapi dari apa yang dapat ana tengok, student timur tengah tu telah tegur lebih dari 10 orang, majoritinya pelajar UKM ( base on baju and matric card ), dan KESEMUANYA adalah ISLAM dan MELAYU. Namun seolah - olah tak tercapai maksud yang dikehendaki, sebab sekadar 10 - 15 saat sahaja setiap seorang. Pelik ! Ada yang cuba memberikan respon, namun ada juga yang berlalu seolah - olah tidak memperdulikan insan tersebut, walau disapa.

Memberanikan diri, ana masuk ke dalam crowd ramai - ramai, then kebetulan student tu datang kepada ana dan bertanya, " can you send me to Faculty of Law? I'm a new student here, please, i cain paid for this " katanya. Tergerak dihati, ana pun bawak dia ke FUU dengan motor. Sepanjang perjalanan, kami sempat berbual dan dia memperkenalkan diri sebagai HAMID REZA, dan berasal daripada Iran.
Panjang kami berborak, fully English ! ^_^ v . Namun apa yang menyedihkan, dan rasa sedikit terpukul apabila Hamid melahirkan rasa kecewa dan pelik, kenapa semua pelajar dan insan yang di jumpai di Pusanika tadi TAK MAMPU UNTUK BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS ???
 Dia juga sempat kata kat ana, " Alhamdulillah, thanks God because send you to me, in here, i just have Allah, and you, my new friend ", tergamam kejap dengan ayat pertamanya. Kuat keyakinan dia kepada Allah Azza Wajalla. Susah untuk kita dengar dikalangan ummat Islam di Malaysia ini secara amnya akan melafazkan kalimah " I JUST HAVE ALLAH " dalam kata - kata mereka. Ada, namun sedikit.

Perjalanan yang panjang, dari Pusanika ke FUU, kemudian ke KIZ, seterusnya ke KPZ turut ada kisah tersendiri, panjang kalau nak tulis, so tak yah la =) . Tapi apa yang nak ana highlight dalam posting kali ni, kataka - kata Hamid Reza " before i came here, my parents and lecture in Iran said UKM its a good University, they have a good and helpful people, all of them can speak english fluently, don't worry about this hamid. But when i come here, everything already changed, and totally different because nobody can't speak english and nobody try to help me, just because of races, im alone, so sad  "

Malu bercampur kecewa, 2 PERSOALAN BERMAIN DI BENAK PEMIKIRAN ana, yang PERTAMA adalah tentang IMEJ kita, RAKYAT MALAYSIA amnya dan MUSLIM khususnya, dimanakah akhlak dan sikap tolong menolong yang diajarkan oleh agama kita? mengapa tidak di bantu saudara sesama muslim yang memerlukan? Mengapa pertolongan dan pertimbangan hanya untuk kaum sebangsa sahaja? Adakah mentaliti kita masih beranggapan bahawa selain Melayu adalah KAFIR atau TAK LAYAK DIBANTU? Astaghfirullah. Sahabat - sahabat, Rasulullah dah berpesan dalam sabda baginda " Barangsiapa yang menunaikan hajat saudara mereka ( Muslim ) , maka Allah s.w.t akan menunaikan hajatnya ". Moga kita mengingati dan mengamalkan saranan Baginda ini.


PERSOALAN YANG KE DUA, diatas ana timbulkan persoalan dari perspektif agama dan hukum, kali ini dari aspek keintelektualan pula. Bukan ingin mendabik dada mengatakan yang ana mampu untuk bertutur dengan fasih dan sempurna dalam bahasa inggeris, MUET pun band 3 je, cakap pun takut - takut jugak, tapi tetap usahakan, kerana kena n mesti, itu apa yang ana pegang. Namun untuk perkara yang simple, iaitu urusan pendaftaran dan panduan untuk ke kolej dan fakulti, disamping taaruf serba ringkas, tak kan lah ia sesuatu yang terlalu berat dan membebankan? Hal ini mencerminkan IMEJ kita sebagai MAHASISWA dan IMEJ UNIVERSITI yang selama ini diangkat antara yang terbaik dalam Malaysia dan Asia Tenggara.

Jika begini keadaannya, agak menyedihkan kerana tidak mustahil benda ini akan menjadi buah bicara dikalangan Hamid dan kawan - kawan senegara dengannya, maka IMEJ UNIVERSITI dan IMEJ MAHASISWA UKM sendiri akan tercalar. Maka dalam post kali ini, bukan untuk memperkecilkan sesiapa, jauh sekali untuk menyalahkan, namun sebagai pandangan yang mungkin boleh dijadikan MUHASABAH kita bersama, agar kelak di suatu masa, kita dapat memperbaiki dan meningkatkan KUALITI AKHLAK dan NILAI KEINTELEKTUALAN kita, demi untuk kebaikan bersama, dan kemuliaan Islam tercinta.

Maaf andai terkasar bahasa dan andai pandangan serta teguran ini mengguris sesiapa. Tiada niat lain dihati ini melainkan untuk melihat generasi MAHASISWA, khususnya sebagai seorang Muslim akan lebih di pandang mulia dan dihormati, Ingat, kita membawa bersama MARUAH AGAMA, buruk sikap dan imej kita, maka tempiasnya akan turut dirasa kepada Agama tercinta. Moga Allah s.w.t memberikan kekuatan kepada kita bersama, InsyaAllah Muslim sejati dunia akhirat. 
 
Wallah Hu A'lam.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda