teMan sYuhaDa'

Thursday 29 September 2011

.: pErjaLaNan sEoraNg iNsAn :.

Sejak dari hari pertama kembali ke alam kampus, macam - macam perkara dah berlaku. Memang jadual ana sedikit padat,dengan komitmen di eData network, then komitmen di UKM lagi, maklum la final year sekarang, hal - hal berkaitan tesis, dan lain - lain urusan akademik nak di settlekan.

Dalam kehangatan orang lain nak konvo, perasaan tu terkena jugak sikit - sikit kat ana, maklum lah dah final sekarang, terasa macam nak grade jugak dah.hehe =) Berbaki setahun ini, ana akan berusaha sebaik mungkin untuk membawa pulang hasil yang akan menceriakan Ummi dan Abah. Ameen................

Kemeriahan Pesta Konvokesyen tahun ini sedikit tercemar,dek perangai manusia yang busuk hati dan tak sedar dek untung. Bermula dengan episod menyembur cat di khemah jualan tapak pameran Pesta Konvokesyen, diikuti dengan sabotaj terancang melalui aktiviti dan program yang berlindung disebalik nama kolej dan Kokurikulum. Sebaik - baik rancangan manusia, Perancangan Allah mengatasi segalanya.

Usaha sabotaj tersebut dapat diselesaikan,alhamdulillah. Dengan tak semena - mena, sebuah sekolah menghubungi PMUKM, melalui sahabat ana, ezuan saad selaku SU Agung PMUKM, menyatakan hasrat mereka untuk melawat ke UKM pada hari sabtu lalu. Alhamdulillah mereka sampai di UKM dan dibawa untuk memeriahkan dan melawat ke tapak pameran Pesta Konvokesyen UKM ke 39 ini.

Perjalanan yang penuh berliku dan ranjau selama seminggu Program Pesta Konvokesyen ke 39 UKM telah melabuhkan tirainya. LETIH, itu yang pasti bagi setiap sahabat baik AJKP mahupun AJKD program tersebut. Moga penat lelah kalian Terbayar dengan ganjaran yang besar disisi Nya. Sebagai hamba Allah dan sahabat kepada kalian, ana tolong apa yang terdaya dan termampu.
Kebetulan, sejak daripada darjah 4 dulu, ana memang dah sinonim dengan microphone, so kesinambungannya ana teruskan di bumi UKM ni. Lebih kurang 3 - 4 program yang ana jadi MC dan Moderator. Antaranya termasuklah program bersama Imam Muda Hassan Adli. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Kagum dengan para penerima anugerah pada petang tersebut, " One day, I Will Be Like Them, InsyaAllah, BELIEVE IT !!! "

Moga perjalanan hidup ini akan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.....
Wallah hu 'alam

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda