teMan sYuhaDa'

Monday 2 January 2012

.: exAm moOd, mAannAjah iLa kULLukum :.

Mood peperiksaan semakin rancak, khususnya dilihat dikampus tempat ana mencari ilmu tuhan ini. Kelihatan mahasiswa khusyuk mentelaah buku dan nota msing - masing. Sehingga jam 2 pagi, masih segar kelihatan masing - masing menggenggam nota tanda semangat. Tersenyum dek semangat dan kesungguhan mereka. Ternaik juga semangat diri =) 

Namun dalam kerancakan mentelaah kitab masing - masing, terfikir sejenak dalam minda, berbetulan dengan jam yang menjengah angka 2 Pagi. Andai kesungguhan sebegini yang ditunjukkan oleh anak muda Islam dalam membuktikan kehambaan kepada Allah azza wajalla, alangkah hebatnya. Saat jam menjengan 1/3 malam, masing - masing sanggup menahan mata untuk bertahajjud dan bermunajjat memohon ampun daripada Allah s.w.t atas segala dosa dan keingkaran yang tak terkira banyaknya ini. AMARAN DAN PERINGATAN KHUSUS UNTUK DIRI SENDIRI, Allah Hu Rabbi =_(

 
Moga kelak kesungguhan mengejar 4 flat dalam peperiksaan duniawi ini akan diamalkan dalam usaha mengejar " 4 flat Ukhrawi " yang ajuh lebih penting dan BESAR ganjarannya disisi Allah, tidak kurang juga azab dan balasan andai GAGAL dalam ujian tersebut. Andai tidak mencapai pointer yang disyaratkan Universiti, maka akan dibuang dari Universiti. Terasa berat perkara tersebut. Namun mana lebih berat andai tidak mencapai "SYARAT " yang ditetapkan oleh Allah? dan bagaiamana andai "DIBUANG " daripada list yang layak mendapat REDHO Allah? Nauzubillah hi minzalik.

Muhasabah untuk diri ini khususnya, tidak lupa kepada seluruh penggerak dan pendokong Agama Allah s.w.t. Moga "peperiksaan" mengejar redho Allah yang kita lalui ini menidakkan kita daripada "DIBUANG" daripada list yang layak mendapat redho Allah Azza Wajalla. Salam Imtihan untuk semua, maannajah ila kullukum =)

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda