teMan sYuhaDa'

Friday 3 February 2012

PAS Islam ka? UMNO tak Islam ke? Jawapan menurut Perspektif Peribadi



Isu politik merupakan antara perkara yang tidak dapat tidak, hampir keseluruhan kita Rakyat Malaysia khususnya akan terlibat sama, khususnya bagi mereka yang menjengah usia 21 tahun, menurut Perlembagaan Malaysia. Walau dalam sedar, ramai yang cuba mengambil pendekatan untuk berdiam diri, dan berkecuali, dengan alasan politik itu kotor, pening, malas dan pelbagai alasan yang berbeza mengikut pendapat masing - masing. Namun, sedari ataupun tidak mereka dengan pelbagai alasan dan penafian tersebut, menunjukkan bahawa mereka sebenarnya prihatin terhadap perkembangan isu politik semasa, jika tidak, masakan mereka boleh menghukum politik kotor, politik itu dan politik ini.

Sebelum dilanjutkan perbincangan ini, terpanggil untuk memberikan maksud dan kefahaman asas tentang apa yang dimaksudkan dengan " POLITIK " dan apa yang menjadi intipati dan isi kepada politik itu sendiri. Secara asasnya, politik adalah terjemahan daripada istilah siasah yang diambil daripada perkataan arab yang bermaksud " daripada sudut kandungannya iaitu perkara yang berkaitan menguruskan perihal rakyat, menunaikan amanah dan hak mereka "
 *Untuk pebincangan lanjut berkenaan dengan takrifan siasah dan politik, boleh rujuk kitab yang saya senaraikan ini :
1) Al Ahkam As Sulthaniyyah oleh Abul Hasan Al Mawardi Asy Syafi’e
2) Al Ahkam As Sulthaniyyah oleh Abu Ya’la Al Farra’ Al Hambali
3) Ghiyatsul Umam oleh Imamul Haramain Al Juwaini Asy Syafi’e
4) As Siasah Asy Syar’ieyyah oleh Ibnu Taimiyyah Al Hambali
5) At Turuq Al Hukmiyyah oleh Ibnul Qayyim
6) Ihya' Ulumuddin oleh Imam Al Ghazali ( Perbincangan dari perspektif Tasawwuf )
7) Ad Din Was Siasah oleh Sheikh Yusuf Al Qhordhowi

Dalam ertikata yang mudah, POLITIK adalah segala hal yang bersangkutan dengan urusan kehidupan, termasuk makan minum dan hal kekeluargaan, ada politiknya tersendiri. Lihat bagaimana seorang ayah memujuk anak kecil yang inginkan sesuatu, ada nilai politiknya disitu. Maka suka tidak suka, kesemua kita sejak daripada kecil sudah dibiasakan dalam dunia politik, terpulang kepada kita samada memahaminya atau tidak.

Penakrifan serba ringkas dan rujukan diatas diharap mampu memadamkan sedikit kekeliruan ramai tentang politik. Majoriti golongan muda seperti saya adalah antara yang paling ramai terjebak kedalam lembah kejumudan minda ketika ini, walaupun memikul status Mahasiswa dibahu masing - masing. Kerana kekhilafan pemahaman itu semata - mata, ramai yang beranggapan politik hanyalah ruang lingkup politik kepartian semata - mata. Itu salah ! 


Ayuh berbalik kepada tajuk " PAS Islam ka? UMNO tak Islam ke? Jawapan menurut Perspektif Peribadi ", suka kiranya saya membuat analisa satu persatu, bermula dengan persoalan PAS ISLAM KE ?. Perbincangan tentang ini akan saya rangkumkan dibawah point of view, DIMANA dan KENAPA PAS layak mendakwa mereka memperjuangkan Islam ? Baik, kita mulakan dengan renungan bersama tentang hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah Al Yamani RA, 

Sabda Rasulullah:

حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. A

ku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.


perincian panjang disepanjang bual bicara antara sahabat ini dengan Rasulullah saw tentang keadaan akhir zaman yang akhirnya menimbulkan suatu arahan yang bermaksud “ Hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka “ dan diakhiri hadis ini dengan suatu Perintah yang Qoti’e, TIADA PENGECUALIAN KEPADA SESIAPAPUN !

Hal ini kerana, pesanan Nabi Muhammad saw diakhir hadis ini mengingatkan, andai TIDAK ADA jamaah seperti yang dikehendaki oleh Islam, maka WAJIB bagi kita untuk memencilkan diri dan meninggalkan kesemua mereka ( yang telah rosak akidah dan akhlak ) sehingga TERPAKSA memakan akar kayu sekalipun untuk terus hidup, maka tetap perlu diteruskan, demi untuk mempertahankan keimanan kita. Matematiknya mudah, TIADA PENGECUALIAN kepada setiap muslim, menganggotai dan memberikan sepenuh komitmen kepada Jamaah Islam Hukumnya WAJIB ! 

Namun sebelum mengiktiraf bahawa PAS adalah Jamaah Islam, Kayu ukur yang menjadi sandaran dan hujjah saya dalam penulisan ini disandarkan kepada 4 buah Hadis dan 3 dalil daripada ayat Allah swt di dalam Al Quran. Ayuh kita telusuri satu persatu :


1 ) Hadis yang PERTAMA yang diriwayatkan oleh Al Imam Muxlim, didalam Sahih Muslim, Kitab Al Imarah, 3 : 1476 - 1477, dari Hadis Abu Hurairah RA " Sesiapa yang keluar daripada ketaatan dan meninggalkan jamaah, lalu dia mati ( dalam keadaan itu ) , maka matinya adalah mati jahiliyyah..."


2) Hadis yang KEDUA yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Tirmizi " Tangan ( naugan, pertolongan, dan keberkatan ) Allah bersama dengan Jamaah..."


3) Hadis yang KETIGA " Sesiapa yang mati ( sedang sepanjang hidupnya ) tidak pernah berperang ( berjuang dijalan Allah ) dan tidak pernah berniat untuk berperang ( berjuang di jalan Allah ) , maka matinya adalah mati dalam salah satu cabang nifaq ( munafiq ).." 3.1) "dalam satu riwayat menyebut mati dalam keadaan jahiliyyah " Hadis ini mempunyai lebih daripada 1 riwayat.


4) Hadis yang KEEMPAT yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad didalam Sahih Al Jami'us Soghir, 5 : 326 " Sesiapa yang meninggalkan Jamaah hanya sejauh sejengkal , maka telah lucut ikatan Islam di lehernya.."

Keterangan Umum : 

Daripada keempat - empat hadis dan maksudnya yang saya lampirkan diatas, jelas tuntutan supaya menyertai dan beriltizam ( komited ) dengan jemaah Islam dan Berperang ( berjihad ) untuk menegakkan dan mendaulatkan Islam. Andai kita mati dalam keadaan tidak berjihad didalam jemaah Islam tersebut, atau tidak pernah mempunyai niat untuk melaksanakannya, maka mati kita dikategorikan dalam 2 keadaan, samada mati MUNAFIQ atau JAHILIYYAH. Dalam erti kata yang mudah, kematian tersebut tidak diiktiraf oleh Islam, maka dia bukan lagi MUSLIM disisi Allah swt. Nauzubillah himin zalik. Berdasarkan sandaran itu, maka kita dengan kadar segera perlu mencari dan memilih Jamaah Islam yang dimaksudkan, agar kita tidak digolongkan sebagai orang yang mati yang tidak MUSLIM disisiNya.

Hadis ini sebagai Taaruf kepada Jamaah Islam yang Rasulullah saw nyatakan, maka apa pula ciri sehingga melayakkan sesebuah kumpulan atau organisasi, dan dalam konteks perbincangan ini adalah PAS, layak diiktiraf sebagai Jamaah Islam ? Maka saya ingin kongsikan 3 dalil daripada Al Quran, sebagai pelengkap dan keyakianan yang lebih kukuh, untuk menyandarkan Jamaah Islam yang dituntut oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dalam konteks kini, adalah PAS, sekaligus menjawab persoalan " PAS ISLAM KE? "
Ayuh kita teruskan penelitian kepada ayat Al Quran ini satu persatu :


1) Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 104 :



" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya ".(104)

2 ) Firman Allah swt dalam surah Al Taubah ayat 38 - 39 :





" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.(38) Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu ". (39)

3 ) Firman Allah swt dalam Surah Al Maidah ayat ke 54 :  



"mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela..."

Keterangan :

Daripada firman Allah swt yang pertama dan maksudnya yang saya lampirkan diatas, jelas diperincikan bahawa tuntutan untuk berjuang dan menyeru kepada yang makruf serta mencegah perkara yang mungkar ada kata kunci kepada pemilihan organisasi yang layak untuk kita menyakini bahawa benar ia adalah Jamaah Islam seperti yang dituntut oleh Allah swt dan Rasul Nya. Maka dalam konteks Politik di Malaysia, PAS, sehingga setakat tulisan ini dinukilkan adalah Jamaah yang melengkapi kedua - dua tuntutan umum yang disyaratkan ini, disamping intipati - intipati lain yang merangkumi dasar parti, matlamat perjuangan dan Kiblat perjuangan PAS itu sendiri. Bersandarkan kepada kesemua elemen - elemen tersebut, sehingga kini, PAS adalah Jamaah yang MEMPERJUANGKAN ISLAM seperti yang dituntut Agama.

Berdasarkan Dalil  yang kedua, klausa " Jika kamu tidak berangkat " dan " Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya " ini jelas menggambarkan, apabila telah JELAS akan Jamaah yang berjuang dan berjihad berdasarkan kretireia yang telah ditetapkan ini, maka menjadi KEWAJIPAN kepada kita agar segera menyertainya ( BERKERJA DAN MEMBANTU BERSUNGGUH - SUNGGUH ) dan mentaati perintah Pemimpinnya, selagi mana ia masih berada diatas landasan yang ditetapkan oleh syara'. Seandainya kita tidak bersama dengan Jamaah tersebut, maka AMARAN KERAS dariapda Allah swt, bahawa menanti kumpulan penetang dan tidak menyertai Jamaah itu, AZAB yang PEDIH ! Wai'ya zubillah. 

Rencam dalam perjuangan, memang dihina dan difitnah dengan pelbagai perkara, maka Allah swt telah memberikan peringatan kepada kita daalam surah Al MAidah, ayat yang ke 54, seperti yang telah saya lampirkan diatas, bahawa Jamaah Islam yang BENAR ini, akan berjuang bersungguh - sungguh untuk mendaulatkan Islam, tanpa menghiraukan CELAAN orang - orang yang menclea. Maka PAS pimpinan Barisan Ulama' yang JELAS dan komited dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam, malah mereka juga turut tidak menghiraukan tentangan MUSUH ALLAH swt ( bukan bererti tidak peduli ), sebaliknya terus dengan agenda untuk Memartabatkan Syiar Islam di muka bumi Malaysia ini, maka beriltizam kepada pimpinan Jamaah Islam ini adala hWAJIB, dalam erti kata lain, bersama dengan perjuangan PAs dalam menegakkan Islam di Malaysia ini adalah WAJIB, BUKAN PILIHAN !


Justeru, berdasarkan perkongsian 3 dalil daripada Al Quran ini serta 4 Hadis daripada Rasulullah saw, menjadi pelengkap dan mebina satu rangkaian keyakinan yang lebih kukuh, untuk menyandarkan Jamaah Islam yang dituntut oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dalam konteks kini, adalah PAS, sekaligus menjawab persoalan " PAS ISLAM KE? "maka jawapannya adalah YA, dan WAJIB BERSAMANYA ! Muktamad selagi Islam adalah dasar dan matlamatnya.



Selesai 1 perkara, MENYERTAI DAN MEMBERIKAN KOMITMEN kepada Jemaah Islam itu WAJIB, bukan sekadar menyertai sahaja. Maka fasa seterusnya adalah untuk menilai dan memperbandingkan dalam ruang lingkup Malaysia, dimanakan adanya ciri - ciri Jamaah Islam seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah saw tersebut. Tumpuan terus kepada 2 kumpulan Islam terbesar, PAS dan UMNO. *topik melayu tak diperbincangkan disini ! Kita mulakan dengan PAS, berdasarkan penelitian dan perincian terhadap, dasar, prinsip, matlamat dan hala tuju perjuangan PAS menurut kacamata penulis, berdasarkan rujukan dan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai. Paling mudah, anda boleh rujuk Perlembagaan PAS yang mengandungi 88 Fasal di sini.


Maka selepas membuat penelitian dan memahami apa yang terkandung didalam Perlembagaan PAS, dan Firman Allas swt dan Hadis Rasul Nya, maka jelas kepada kita, PAS buat masa kini, dan setakat hari ini di Malaysia, merupakan sebuah organisasi Islam yang mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah di syaratkan oleh Islam sebelum layak diiktiraf sebagai Jamaah Islam. Oleh hal yang demikian, maka sebagai orang yang mengaku Islam, dan mendakwa mengasihi dan mengimani Kerasulan Nabi Muhammad saw sewajarnya bijak menilai dan mengambil pendekatan untuk turut sama BERILTIZAM dan BERSUNGGUH - SUNGGUH untuk bekerja dan memperjuangkan Jamaah Islam ini, seperti yang di tuntut oleh Rasulullah saw dan Islam itu sendiri. Maka dengan itu, memilih PAS sebagai wadah perjuangan Islam, buat masa kini di Malaysia, adalah WAJIB, bersandarkan kepada apa yang diperintahkan oleh Allah swt di dalam Al Quran dan Rasulullah saw di dalam Hadis Baginda.


* untuk memperkukuhkan lagi pemahaman dan iktiqad tentang MENGAPA MEMILIH PAS sebagai medium perjuangan Islam, dan HUKUMNYA WAJIB, bolehlah kalian rujuk di dalam Kitab "Jundullah Thaqofatan Wa Akhlaqon" karangan Sheikh Sa'id Hawwa dalam bab ke 3 dan ke 4, dalam konteks Jihad dengan Tangan dan Diri serta Jihad Siyasi.


SELESAI BAB 1 : Menjawab soalan PAS ISLAM KE ? ( Jawapan tentang soalan UMNO TAK ISLAM KE ? akan dijawab dalam post seterusnya ) 
Moga Allah swt memberikan hidayah dan taufiq kepada semua, dan semoga tulisan ini akan memperjelaskan tentang kekeliruan dan kefahaman yang umum, tetapi jelas tentang TUNTUTAN WAJIB MENYERTAI JEMAAH ISLAM TANPA KECUALI ! Moga Allah swt menempatkan kita dikalangan Hambanya yang Beriman. Wallah hu a'lam.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda