teMan sYuhaDa'

Saturday 17 March 2012

Apabila Hati Mulai Berbicara

Saat merentasi alam kehidupan, pelbagai perkara yang akan dilalui oleh setiap insan, maka saat itu jugalah, akan mencorak lukisan - lukisan kehidupan, dalam kamus hidup setiap hamba bergelar insan. Perjalanan seawal zaman bayi, melangkaui usia kanak - kanak ke alam remaja, seterusnya kini melalui fasa mencecah dewasa, pasti tercoret pelbagai warna dan rasa, di hamparan sebuah bicara kehidupan.

Disepanjang perjalanan ini juga, akan banyak mendidik jiwa agar menjadi kuat, tabah dan sabar dalam berdepan ranjau realiti kehidupan, yang nan pelbagai. Akur, yang disepanjang perjalanan ini kadang kala, kita disapa tetamu tak diundang, yang mungkin membawa luka, walau telah sembuh, parutnya masih ada. Namun kekuatan mampu di tempa dengan sandaran dan kekuatan yang didamba, hanya dari Nya.



Terkadang, diri terasa amat lemah, kerana segala macam ujian yang membadai seakan tak termampu ditahan dengan kudrat dan keringat yang maha sedikit ini, namun terpaksa digagahi jua. Merintih dan menangisi sendirian, kerana tiada tempat kebergantungan, melainkan pada Mu ya Allah. Walau dari kacamata manusia, gagahnya insan tanpa cela, tak lokek dek senyuman nan manis, namun, retak dan parut yang bertindih di hati, diperosokkan sedalam mungkin di benak sanubari, mengaburi insan lain saban hari.

Kuntuman doa dipanjat dan dimunajjat kepada Allah swt, agar segala perit jerih ini meniti episod - episod penghujungnya, yang telah sekian lama di nanti dan dilalui, dengan episod yang perit dan siksa, Allah jua Maha mengetahui segalanya. Mencecah separuh usia daripada separuh abad ini, belum diketemukan siri dan episod suka, walau satu, maka dipohon dan dirayu, agar mungkin pengakhiran babak kelak, ia muncul, walau sedetik.



Ya Rabbul 'Izzati, sebelum kiroman ka-tibin menamatkan karya dinovel kiri, mahupun kanan, mohon agar sempat dijengah, saat mampu tersenyum, yang benar ikhlas tanpa dusta, yang benar dari hati bukan ilusi, dan agar dipermudahkan perjalanan menuju Ilahi, sebagai pengakhiran episod diri, dengan lukisan dan corak yang pelbagai, menjadi saksi kepada sebuah perjalanan yang betapa perit dan siksa, membadailah jua, tanpa daya.

Moga kelak perjalanan terakhir menuju destinasi sementara singgahan antara dunia, dan negeri di sana, menjadi medan terbaik, dan aman, tanpa lagi cela dan nista, tanpa lagi dipalit luka dan nestapa. Penat ranjau dan lurah perit dan jerih yang dilalui ini, mengukir seribu satu maksud pada diri, yang dunia ini, memang fana dan fatamorgana, penuh tipu helah dan dusta, hanya kelak, abadi selamanya, bertemu Allah swt.





Duhai hati, TABAH dan SABAR lah, moga ada cerita indah, dipenghujung episod sebuah sayembara kelak. Berdoalah !

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda