teMan sYuhaDa'

Tuesday 13 March 2012

Bicara Hati : Ujian medan pentarbiyahan diri

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahabbah buat teman - teman dan para Sahabat yang dikasihi kerana Allah swt.....

Menjadi hamba Allah swt di atas muka bumi bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan dan enteng oleh semua, maka dalam menelusuri perjalanan hidup yang pelbagai dan penuh dengan mehnah dan onak duri ini, seharusnya dipersiapkan diri dengan "KUBU" yang kebal, bagi mengelakkan kita tercicir daripada landasan yang di gariskan oleh Islam kepada kita. Tersenyum seketika, tatkala berselirat didalam minda memikirkan tentang segala kepayahan dan kesulitan yang dialami dalam menguruskan pelbagai perkara seharian.


Mungkin ramai diantara kita, termasuk diri ini mengeluh dan merenung akan kepayahan dan ujian yang membadai saban hari, maka kita berdoa dan bermunajat agar Allah swt meringankan segala bebanan dan kepayahan kita. Namun sedari ataupun tidak, bukan hanya kesusahan dan kepayahan yang kita boleh klasifikasikan ssebagai ujian daripada Allah swt, malah kesenangan juga pada hakikatnya adalah ujian daripada Maha Pencipta. Mungkin ramai yang berjaya mengharungi ujian PAYAH dan SUSAH, namun berapa ramai pula yang gagal dalam ujian SENANG dan BAHAGIA?

Perkara ini andai diteliti dan dihayati, akan membuatkan dan mewujudkan percikan ketenangan didalam hati dan sanubari setiap daripada kita, betapa kita sedar yang ujian kepayahan atau kesusahan ini, adalah salah satu " content " tarbiyyah daripada Allah swt. Walau kita berasa tidak upaya, letih dan sakit dengan kepayahan yang mengisi segenap ruang kehidupan saat ini, namun kita masih mampu untuk bertahan kerana kita yakin, ini ujian dan tarbiyyah dari Allah swt kepada kita, sebagai menguji keimanan kita kepada-Nya.

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu." Al-Hajj :11-13

Maka ayuh dipujuk hati ini untuk terus bermohon dan meminta daripada Nya, agar diberikan sirna dihujung perjalanan jauh episod kesusahan dan keperitan dalan lembaran hidup saat ini. Moga dengan kesungguhan dan munajjat kita yang tidak putus - putus kepada Yang Maha Agung ini, akhirnya dimakbulkan dalam bentuk yang nyata, dan cahaya serta sirna yang didamba sekalian lama, akhirnya menjengah dan menjenguk dedaun pintu kehidupan dunia, kita.

doa untuk menjadi orang yang sabar

Akhirnya, dengan doa dan munajjat yang tidak putus - putus kepada Nya, akan mampu membentuk suatu iltizam dan jatidiri yang kuat didalam setiap daripada kita supaya meyakini, bahawa benar, Ujian itu memang perit, namun ia lumrah sebagai perjalanan sebuah tarbiyyah Islahiyyah. Moga dengan kesedaran dan keyakinan ini, akan mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan seterusnya, membentuk insan yang mu'min dan kamil, melalui medium penterbiyahan Sang Pencipta ini.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda