teMan sYuhaDa'

Monday 26 March 2012

Undang - Undang ber"STATUS", dimanakah KEADILAN ??

Mutakhir ini kita melihat, rancak operasi demi operasi dan serbuan yang dilakukan, khususnya oleh jabatan agama Islam, baik di peringkat pusat mahupun negeri keatas pusat - pusat hiburan dan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Usaha murni ini WAJIB diberikan pujian dan perlu dikekalkan momentum tersebut. Namun, persoalan besar yang menjadi pertanyaan adalah, kelihatan seperti adanya serbuan atau undang - undang BERSTATUS. Perkara ini amat jelas kerana, kelihatan hanya tempat - tempat yang berstatus KOS RENDAH sahaja, yang kebanyakannya diserbu. Itu BAIK !


Namun, persoalannya mengapa tidak serbuan dan operasi sedemikian tidak dilakukan kepada tempat yang BERSTATUS LEBIH TINGGI ? Kerap sahaja kita mendengar pasangan dengan senang hati mengupload gambar mereka " BERSAMA " di genting, di hotel atau pusat hiburan yang MAHA MEWAH. Dan apa yang menjengkelkan, belum kedengaran pusat hiburan atau hotel BERSTATUS VIP @ VVIP ini diserbu, atau diterjah. Mengapa kelihatan seperti adanya double standart dalam hal ini? adakah " BERSTATUS VIP @ VVIP " ini menyebabkan mereka kebal undang - undang ? atau lebih tinggi daripada undang - undang ?

Persoalan ini menjadi perkara yang meragukan, dan menimbulkan seribu satu persoalan, kerana JELAS kelihatan seolah - olah pihak yang berkenaan KEHILANGAN TARING keatas kawasan VIP @ VVIP ini. Tajuk Berita " HOTEL DI GENTING DI SERBU ! atau Hotel TERKEMUKA DI M** VAL**Y DIGEMPUR ! agak mustahil kelihatan didada - dada akhbar, apatah lagi di media massa. Maka, soalan yang masih belum mampu terjawab adalah, MENGAPA ??!!

Bimbang mengenangkan keadaan sebegini, kerana undang - undang dan peraturan ciptaan manusia, tidak mampu mengekang dan membendung maksiat dan kemungkaran kepada Allah swt yang berlaku bagai RAJA tanpa rasa malu dan bersalah, khususnya di bumi Malaysia, yang kononnya mendakwa sebagai negara Islam kini. Pilihan dan ruang untuk melaksanakan undang - undang dan ketetapan Allah swt, termasuklah HUDUD, QISAS, TA'ZIR dan sebagainya dilihat seperti dipandang enteng dan diperlekehkan, maka persoalan kedua, ADAKAH TERDAPAT USAHA UNTUK MENYUBURKAN DAN MELINDUNGI KEMUNGKARAN KEAPDA ALLAH SWT ? Oleh SIAPA ?. Perkara sebegini kelihatan kononnya kecil, namun mudaratnya amatlah besar dan andai murka Allah dizahirkan, maka binasalah termasuk golongan yang tidak melakukannya, BIMBANG IA TERJADI !


Maka dalam situasi ini, MOHON PERHATIAN PIHAK BERWAJIB untuk mengambil serius hal ini, dan tidak begitu mudah untuk mengabaikan golongan BERSTATUS VIP @ VVIP ini, kerana hukuman Allah swt tidak mengira status, darjat mahupun kedudukan. Moga DITEGAKKAN UNDANG - UNDANG ALLAH SWT, InsyaAllah, perkara ini mampu diselesaikan, tahap demi tahap. Ingat, hapuskan undang - undang " STATUS BASE " demi keadilan kepada seluruh alam ini.

Pengakhirannya, ingatlah sekalian kita bahawa Allah swt tidak menghukum berdasarkan darjat dan STATUS dunia milik kita, malah jelas pada sisi Allah swt, hanyalah taqwa yang mampu membezakan STATUS kita, bukannya gelaran Dato' Datuk Sri, Tan Sri atau apa jua gelarannya. Bertepatan dengan firman Allah swt dalam Surah Yusuf Ayat ke 91 :


Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah". 

Moga Allah swt melindungi sekalian orang yang bertaqwa daripada melakukan maksiat dan kemungkaran kepadaNya. Wallah hu a'lam.

No comments:

Post a Comment

pEmbUru sYahiD TV

pEmbUru sYahiD TV memaparkan video - video ana di seluruh peringkat, baik di peringkat kampus, mahupun diperingkat nasional. Moga memberikan ruang untuk dakwah diteruskan. Wallah hu a'alam

sudut pidato : AUKU

pEmbUru sYahiD di tV 9

sUmber bEriTa aNda